Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Sauna songsang: 8 lelaki didakwa di mahkamah pagi, ini

views
     
TSJLA
post Dec 5 2025, 09:49 AM, updated 2d ago

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
2,778 posts

Joined: May 2008
user posted image
Seramai 13 lelaki termasuk dua penjaga premis ditahan polis di sebuah pusat sauna yang dijadikan lokasi aktiviti songsang di Jalan Perai Jaya, Pulau Pinang pada 29 November lalu.

BUKIT MERTAJAM – Seramai lapan lelaki yang ditahan di sebuah sauna songsang di Jalan Perai Jaya di sini, pada Sabtu lalu akan didakwa di Mahkamah Bukit Mertajam dan Butterworth pagi ini.

Pertuduhan akan dikemukakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, 377D akta sama dan Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan.

Ketua Polis negeri, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan kesemua tangkapan berkenaan berdepan pertuduhan berbeza hari ini.

Difahamkan, seorang lelaki akan didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu melakukan persetubuhan luar tabii di Mahkamah Sesyen Butterworth.

Tiga lagi lelaki berdepan pendakwaan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu melanggar kesopanan atau melakukan perbuatan kelucahan melampau di tempat awam di Mahkamah Majistret di sini.

Manakala, lima lagi suspek berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki, mengedar, menjual atau mempamerkan bahan lucah seperti gambar dan video.

Selain itu, salah seorang daripada suspek juga berdepan pertuduhan Seksyen 12(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Media sebelum ini melaporkan seorang warga emas berusia 66 tahun dan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) antara 13 lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah pusat sauna yang dipercayai menjadi lokasi aktiviti hubungan songsang di Jalan Perai Jaya, Perai pada 29 November lalu.

Ketika serbuan jam 7 malam, beberapa pengunjung di tingkat dua premis itu didapati sedang melakukan aktiviti sauna dengan hanya berseluar dalam.

Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa mendapati premis berkenaan dilengkapi dengan ruang rehat, sauna dan beberapa bilik berpartisyen yang dipercayai digunakan untuk aktiviti hubungan sejenis.

Turut ditemui kondom, minyak pelincir serta beberapa peralatan berkaitan aktiviti songsang itu.

Difahamkan pusat sauna itu sudah beroperasi selama lima tahun, namun kegiatan menarik kehadiran pelanggan songsang hanya bermula sejak dua bulan lalu dengan mengenakan caj RM35 bagi setiap kemasukan.

Selain itu, premis berkenaan turut memaparkan gambar panduan berfungsi sebagai kod komunikasi dalam kalangan pengunjung untuk mengenal pasti kecenderungan pasangan melalui pemakaian gelang tangan atau gelang kaki. – MalaysiaGazette

Tag butterworth gay mahkamah Bukit Mertajam sauna songsang seks luar tabii

https://malaysiagazette.com/2025/12/05/saun...kamah-pagi-ini/


update Post #17


This post has been edited by JLA: Dec 5 2025, 04:00 PM
TSJLA
post Dec 5 2025, 03:58 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
2,778 posts

Joined: May 2008
Pemilik sauna songsang antara 7 didakwa dedahkan jangkitan HIV

user posted image
Pemilik sauna songsang, Khor Yik Keian (kiri, baju kelabu) antara tujuh lelaki yang didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini.

BUKIT MERTAJAM – Seorang pemilik pusat sauna didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan iaitu mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan HIV dan memiliki bahan lucah dalam telefon bimbitnya.

Majistret Roshayati Radellah menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Khor Yik Keian, 57, selepas dia mengaku bersalah ke atas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara antara lapan hingga 10 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mempunyai sebab untuk percaya bahawa dirinya menghidap penyakit berjangkit iaitu human immunodeficiency virus (HIV) dan mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan melalui perbuatannya di sebuah premis di Perai di sini, jam 7 malam, pada 29 November lalu.

Bagi kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 12(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(a) akta sama.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki bahan lucah berupa gambar dan video dalam telefon bimbit Oppo Reno 11, mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya.

Dalam prosiding berasingan di mahkamah sama, tiga lelaki Teoh Wan Seong, 37; Ahmad Safwan Razali, 33, dan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Syed Al Aisy Syed Alfarley,19; turut didakwa atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama kerana melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap Mohamad Azuddin Sabran,58 dan Yik Keian di pusat sauna sama.

Ketiga-tiga mereka bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan masing-masing diikat jamin RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Sementara itu, Syed Al Aisy, Ahmad Safuan, Wan Seong, Luo Yun, warga China, 41; A. A Mathiyalagan, 31, dan Mohd Redduwan Zairukaperi, 48, turut didakwa atas pertuduhan memiliki bahan lucah dalam telefon bimbit masing-masing di lokasi, tarikh dan masa sama, mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan itu, Syed Al Aisy, Ahmad Safuan, Wan Seong tidak mengaku salah dan masing-masing dibenarkan ikat jamin RM3,000.

Manakala Luo Yun, A Mathiyalagan dan Mohd Redduwan pula, masing-masing didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Suhada Rosli.

Kesemua tujuh individu ini antara 13 suspek yang ditahan polis dalam satu operasi di sebuah sauna yang dijadikan lokasi bagi aktiviti persundalan songsang di Perai pada 29 November lalu.

ARTIKEL BERKAITAN

Sauna songsang: Pengawal keselamatan tak mengaku salah persetubuhan luar tabii

MalaysiaGazette sebelum ini melaporkan, salah seorang daripada 13 tangkapan itu, Mohamad Azuddin Sabran, 58, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap kenalannya di Mahkamah Sesyen Butterworth. – MalaysiaGazette



https://malaysiagazette.com/2025/12/05/pemi...-jangkitan-hiv/


 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0135sec    0.37    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 7th December 2025 - 02:08 PM