Lebih membimbangkan, vape kini menjadi gaya hidup popular dalam kalangan pelajar sekolah. Tidak sukar melihat remaja berpakaian seragam sekolah menghisap vape secara terbuka, seolah-olah ia bukan satu kesalahan. Ketiadaan kawalan yang jelas sebelum ini membuka ruang luas kepada penjualan tanpa batas, termasuk secara dalam talian yang menjadikan anak-anak sekolah mangsa paling mudah terjerat. Kita perlu sedar, ketagihan nikotin yang bermula sejak bangku sekolah hanya akan menjerumuskan anak muda kepada masalah kesihatan jangka panjang. Ia juga membuka jalan kepada tabiat merokok, malah dalam sesetengah kes, mendorong mereka mencuba dadah lain.
Dengan pengharaman sepenuhnya, kerajaan menghantar mesej jelas bahawa kesihatan rakyat, khususnya generasi muda, lebih utama daripada keuntungan segelintir pihak. Namun begitu, pelaksanaan undang-undang ini tidak boleh sekadar di atas kertas. Ia mesti diperkukuh dengan penguatkuasaan yang berkesan, kempen kesedaran berterusan, serta kerjasama ibu bapa dan sekolah. Pendidikan kesihatan awam perlu diperhebat. Ibu bapa dan guru mesti memainkan peranan penting mendidik anak-anak tentang bahaya vape. Kesedaran tidak boleh datang daripada kerajaan semata-mata, tetapi harus menjadi usaha kolektif seluruh masyarakat. Percayalah, tindakan ini adalah langkah penting ke arah membina masyarakat lebih sihat dan melindungi generasi akan datang daripada menjadi ‘perokok baharu’. Biarlah pengharaman ini menjadi titik tolak untuk menyelamatkan masa depan negara, kerana generasi muda hari ini adalah pewaris kepimpinan esok.

Berita asal https://www.sinarharian.com.my/article/7476...at-tinggal-vape
Sep 12 2025, 11:18 AM, updated 3 months ago
Quote
0.0220sec
0.24
5 queries
GZIP Disabled