Nga Kor MingSHAH ALAM – Unit kediaman yang dijual di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Akta 118) dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menjelaskan, penetapan itu dibuat berdasarkan hak milik tanah atau tujuan penggunaan hartanah berkenaan.
"Ini bermaksud semua bangunan kediaman termasuk apartmen servis yang terletak di tanah komersial dikecualikan daripada SST selagi ia bertujuan untuk kegunaan kediaman dan tertakluk di bawah Akta Pemajuan Perumahan,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa rundingan bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah diadakan susulan maklum balas daripada pihak industri yang menyuarakan kebimbangan berhubung pelaksanaan SST bersasar.
Selain itu, jelasnya, isu percukaian berlapis (cascading tax) boleh diselesaikan melalui pengecualian Business-to-Business (B2B) bagi memastikan cukai perkhidmatan dikenakan pada satu peringkat sahaja.
Sementara itu, menurut Kementerian Kewangan, bahan binaan asas seperti simen, agregat dan pasir kekal dikenakan cukai jualan.
Daripada 400 kod tarif bagi bahan binaan, cukai jualan hanya dinaikkan bagi lapan kod tarif melibatkan barangan seperti tong, kaca laminasi dan jaring yang hanya memberi kesan kepada dua peratus daripada jumlah keseluruhan kod tarif berkenaan.
Dalam pada itu, Kor Ming berkata, kontraktor boleh memilih untuk memisahkan kos bahan daripada caj perkhidmatan supaya cukai perkhidmatan dikenakan hanya kepada perkhidmatan pembinaan.
“Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) komited untuk bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan pihak berkepentingan lain bagi memastikan pelaksanaan dasar cukai yang adil, melindungi kepentingan pembeli rumah dan menyokong sektor perumahan yang stabil serta mampan.
“Selaras dengan aspirasi Madani, KPKT akan memastikan kemampuan memiliki rumah serta melindungi kepentingan pembeli di bawah kerangka SST yang disemak semula,” ujarnya.
https://www.sinarharian.com.my/article/7339...-sst---kor-ming
Jun 15 2025, 07:51 PM, updated 7 months ago
Quote
0.0129sec
0.73
5 queries
GZIP Disabled