Welcome Guest ( Log In | Register )

4 Pages  1 2 3 > » Bottom

Outline · [ Standard ] · Linear+

News Larangan kuil baru di Perak: Diskriminasi terselin

views
     
SUSMaybachS600
post Jun 8 2025, 12:21 AM, updated 7 months ago

Enthusiast
*****
Junior Member
900 posts

Joined: Jan 2022

Larangan kuil baru di Perak: Diskriminasi terselindung?

Kerajaan Negeri Perak dikritik susulan keputusan untuk tidak meluluskan sebarang permohonan pembinaan kuil baru di atas tanah kerajaan bagi tempoh sekurang-kurangnya lima tahun akan datang.

Presiden Parti Makkal Sakthi, RS Thanenthiran menyifatkan keputusan tersebut sebagai amat mengecewakan.

“Apakah mesej yang ingin disampaikan menerusi pekeliling ini? Adakah agama dan budaya kami tidak lagi diberi tempat dalam pembangunan negeri? Adakah sumbangan masyarakat India terhadap negeri ini boleh diketepikan begitu sahaja?


RS Thanenthiran

“Saya ingin tegaskan bahawa kuil bukan sekadar struktur fizikal. Ia adalah simbol kepercayaan, pusat komuniti, serta warisan budaya,” katanya.



Thanenthiran turut menjelaskan ramai tidak menyedari banyak kuil Hindu yang kini terletak di atas tanah kerajaan telah wujud sejak zaman penjajahan British.

Menurutnya, kuil berkenaan dibina oleh komuniti pekerja ladang dengan kebenaran rasmi daripada pihak kolonial ketika itu, bagi menjaga kebajikan dan kesejahteraan rohani masyarakat.

“Kita tidak boleh mengklasifikasikan semua kuil ini sebagai ‘tidak sah’ atau ‘struktur haram’ hanya kerana tiada dokumen rasmi.

"Isu ini tidak boleh dinilai semata-mata dari sudut undang-undang tanah, tetapi perlu dilihat dengan sensitiviti sejarah, budaya, dan peranan sosial kuil dalam masyarakat Hindu,” katanya.


Tegasnya, kerajaan negeri perlu segera menarik balik keputusan tersebut dan mencadangkan agar:

Satu pelan tindakan jangka panjang diwujudkan untuk menyemak status kuil-kuil Hindu yang telah lama berada di atas tanah kerajaan, dengan tujuan untuk memberi pengiktirafan rasmi dan penyelesaian sah.

Sesi libat urus secara terbuka dan telus diadakan bersama wakil masyarakat Hindu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pakar warisan, sebelum sebarang dasar diperkenalkan yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum.

Terdahulu, Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri Perak, A Sivanesan (gambar bawah) berkata kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk melarang pembinaan kuil Hindu baru di atas tanah kerajaan selama lima tahun.


Jelasnya, perkara itu telah diputuskan menerusi Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak Bil. 3/2025 yang memberi panduan kepada pentadbir tanah berhubung dasar bagi Kaedah Pengurusan, Pelupusan dan Penguatkuasaan kawasan Rumah Ibadat Hindu (kuil) dan Tapak Perkuburan Hindu.

Menurut Sivanesan, Perak negeri pertama yang mengeluarkan pekeliling tersebut yang turut menyatakan walaupun kuil hendak dibina di atas tanah persendirian, ia tetap memerlukan kebenaran kerajaan.

"Kerajaan negeri tidak akan meluluskan apa-apa permohonan kuil baru sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Sesiapa yang mahu membina juga boleh membeli tanah sendiri dan mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT), tetapi jika ia melibatkan tanah kerajaan, tindakan serta-merta akan diambil,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Hindu Negeri di Bangunan Sri Perak pada Khamis.

“Sekiranya boleh dipindahkan, kita pindahkan.

“Kita tidak mahu mengambil tindakan untuk terus merobohkan kuil sedia ada kerana negara kita mempunyai kepelbagaian kaum dan toleransi adalah penting dalam menyelesaikan masalah sensitif melalui permuafakatan,” katanya lagi.

Sivanesan juga berkata Perak mempunyai sekitar 480 kuil yang berdaftar dan jumlah itu melebihi bilangan tokong dan gereja.

Jelasnya, kebanyakan kuil ini dibina pada masa dahulu dengan kebenaran daripada Jabatan Penguatkuasaan, bukan secara haram seperti yang sering disalah tafsirkan.


Sementara itu, Naib Presiden MIC, T Murugiah (gambar atas) menyelar kenyataan Sivanesan sebagai tidak sensitif malah bercanggah dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama kepada semua rakyat Malaysia.

“Mengapa sekatan ini hanya disasarkan kepada kuil Hindu? Adakah dasar ini turut terpakai kepada rumah ibadat agama lain seperti masjid, gereja atau tokong Cina?

“Apa yang akan berlaku kepada kuil Hindu yang telah wujud sejak beberapa dekad di atas tanah kerajaan? Adakah kerajaan negeri bercadang untuk merobohkannya?

“Adakah keputusan dasar ini dibuat melalui proses perundingan dan dialog dengan ketua-ketua masyarakat dan pertubuhan agama Hindu?

“Sikap tidak hormat dan diskriminasi terhadap agama Hindu seperti ini tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi apabila ia datang daripada pemimpin kerajaan yang diamanahkan untuk melindungi semua rakyat tanpa mengira kaum atau kepercayaan,” tegasnya pada satu kenyataan hari ini.

Dia turut mendesak kerajaan Perak untuk mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengesahkan komitmen dalam melayan semua agama secara adil dan saksama, seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Link: https://m.malaysiakini.com/news/745431
damonlbs
post Jun 8 2025, 12:34 AM

Casual
***
Junior Member
487 posts

Joined: May 2005
From: KL


abu pun takut




g5sim
post Jun 8 2025, 12:35 AM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
5,756 posts

Joined: Jan 2003
From: Sri Kembangan


Yawnnn
mi-g
post Jun 8 2025, 12:52 AM

Part-time Troll
******
Senior Member
1,501 posts

Joined: Oct 2004
From: ISA Detention Room -Port Valdez-



he stupid or what?

the prohibition only on GOMEN/STATE LANDS!!

if they got their own land, by all means they can build whatever they want

idiots.
empire
post Jun 8 2025, 12:55 AM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
2,549 posts

Joined: Apr 2008
Cukup la! Kita dah jemu dgn berita macam ni.
nefashu
post Jun 8 2025, 01:09 AM

Getting Started
**
Junior Member
295 posts

Joined: Apr 2011
"Sivanesan juga berkata Perak mempunyai sekitar 480 kuil yang berdaftar dan jumlah itu melebihi bilangan tokong dan gereja."

I thought indian only 11% in perak. this only legal temple.
SUSNajibaik
post Jun 8 2025, 01:10 AM

Regular
******
Senior Member
1,481 posts

Joined: Dec 2014



QUOTE(damonlbs @ Jun 8 2025, 12:34 AM)
abu pun takut

*
takut tengok white cap white shirt
nefashu
post Jun 8 2025, 01:15 AM

Getting Started
**
Junior Member
295 posts

Joined: Apr 2011
QUOTE(Najibaik @ Jun 8 2025, 01:10 AM)
first day in meleisia?
only can build masjid

user posted image
*
masjid also need to follow regulation. read news when gov destroy illegal masjid. church and tokong also same case. so far only temple got problem
SUSNajibaik
post Jun 8 2025, 01:16 AM

Regular
******
Senior Member
1,481 posts

Joined: Dec 2014



QUOTE(nefashu @ Jun 8 2025, 01:15 AM)
masjid also need to follow regulation. read news when gov destroy illegal masjid. church and tokong also same case. so far only temple got problem
*
lol u think masjid will got problem?
nefashu
post Jun 8 2025, 01:20 AM

Getting Started
**
Junior Member
295 posts

Joined: Apr 2011
QUOTE(Najibaik @ Jun 8 2025, 01:16 AM)
lol u think masjid will got problem?
*
it is. the regulation more strict than temple or church. all mosque and surau need to be register with state. now tell me, do we have one for temple?
g5sim
post Jun 8 2025, 01:21 AM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
5,756 posts

Joined: Jan 2003
From: Sri Kembangan


QUOTE(damonlbs @ Jun 8 2025, 12:34 AM)
abu pun takut

*
What cxb memorial they are building? Only mention memorial? Wtf memorial? Memorial communist ke? Memorial apa yg sangat menteigger sangat ni??
SUSNajibaik
post Jun 8 2025, 01:21 AM

Regular
******
Senior Member
1,481 posts

Joined: Dec 2014



QUOTE(nefashu @ Jun 8 2025, 01:20 AM)
it is. the regulation more strict than temple or church. all mosque and surau need to be register with state. now tell me, do we have one for temple?
*
they can't even deal with those surau install speaker in apartment and blast louder than masjid
let alone masjid
SUSNajibaik
post Jun 8 2025, 01:22 AM

Regular
******
Senior Member
1,481 posts

Joined: Dec 2014



QUOTE(g5sim @ Jun 8 2025, 01:21 AM)
What cxb memorial they are building? Only mention memorial? Wtf memorial? Memorial communist ke? Memorial apa yg sangat menteigger sangat ni??
*
and pmx asking why got islamophobia
i see these ppl wearing cap i also takut

This post has been edited by Najibaik: Jun 8 2025, 01:23 AM
damonlbs
post Jun 8 2025, 02:56 AM

Casual
***
Junior Member
487 posts

Joined: May 2005
From: KL


QUOTE(g5sim @ Jun 8 2025, 01:21 AM)
What cxb memorial they are building? Only mention memorial? Wtf memorial? Memorial communist ke? Memorial apa yg sangat menteigger sangat ni??
*
like is said

abu pun takut

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/...n-masjid-524030

KLANG: Penduduk Kampung Raja Uda di sini mempertimbangkan untuk mempersembahkan memorandum bantahan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pembinaan kompleks penyimpanan abu mayat setinggi empat tingkat bersebelahan masjid di kampung itu.
kimochi ii
post Jun 8 2025, 04:23 AM

New Member
*
Junior Member
19 posts

Joined: Mar 2022
0:13

I thought rokok is harom? that one all abu also come out everywhere

you stay there and don’t come here to work please

perfect definition of village idiots

This post has been edited by kimochi ii: Jun 8 2025, 04:24 AM
bengang15
post Jun 8 2025, 04:27 AM

Casual
***
Junior Member
421 posts

Joined: Feb 2022
Are there any churches that are on gov land? Not talking about those old colonial churches. The modern one. Serious question.
kimochi ii
post Jun 8 2025, 04:36 AM

New Member
*
Junior Member
19 posts

Joined: Mar 2022
QUOTE(bengang15 @ Jun 8 2025, 04:27 AM)
Are there any churches that are on gov land? Not talking about those old colonial churches. The modern one. Serious question.
*
JANGAN TANYA SOALAN SUSAH - puas mad.gif
jueiri
post Jun 8 2025, 04:54 AM

Getting Started
**
Junior Member
158 posts

Joined: Mar 2011
QUOTE(Najibaik @ Jun 8 2025, 01:10 AM)
first day in meleisia?
only can build masjid

user posted image
*
QUOTE(nefashu @ Jun 8 2025, 01:20 AM)
it is. the regulation more strict than temple or church. all mosque and surau need to be register with state. now tell me, do we have one for temple?
*
As the relijen of the federation and all the states except sarawak, its all too easy to build mosque and surau. Can easily acquire land to do that and they did.

Is there any temple or church on gov land? Maybe. But they will all reach the final destination. Demolished or pindah. Juz a matter of time.
DarkAeon
post Jun 8 2025, 05:34 AM

Enthusiast
*****
Senior Member
774 posts

Joined: Nov 2010
QUOTE(jueiri @ Jun 8 2025, 04:54 AM)
As the relijen of the federation and all the states except sarawak, its all too easy to build mosque and surau. Can easily acquire land to do that and they did.

Is there any temple or church on gov land? Maybe. But they will all reach the final destination. Demolished or pindah. Juz a matter of time.
*
there is a reason why the gomen don't wan sign icerd
fongsk
post Jun 8 2025, 06:44 AM

New Member
*
Junior Member
34 posts

Joined: Apr 2007
QUOTE(Najibaik @ Jun 8 2025, 01:10 AM)
first day in meleisia?
only can build masjid

user posted image
*
Already caught and prosecuted under 3R act yet? 😉😉😉😉

4 Pages  1 2 3 > » Top
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0227sec    0.75    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 18th December 2025 - 02:31 AM