Berita gembira untuk si terpaling Melayu
1 hour ago
Mohsin Abdullah
Kadar kelahiran rendah di kalangan Masyarakat Cina dibimbangi akan menjejaskan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).
Tentunya anda seperti saya pernah tengok satu video Mohamad Sabu bercakap pasal orang politik yang kata beliau bila tersepit timbulkan soal perkauman dan mendakwa nanti orang Cina perintah Malaysia.
“Cina sekarang 23%. Kahwin pun malas,beranak pun kurang. Mana Teresa Kok? Bukan menikah lagi. Kita ajak menikah pun dia tak mau. Tian Chua rambut dah putih tak menikah lagi. Anthony Loke tak menikah lagi.
Kita umur macam saya pun kalau boleh nak tambah lagi. Melayu beranak berlambak tapi takut Cina perintah Malaysia. Bohong atau tidak? Mengapa orang Melayu pergi percaya?”
Begitulah Abang Mat dengan gaya penyampaian tersendiri yang kita semua tahu. Nama nama yang beliau sebut itu tidak perlu diperjelaskan kerana semua sudah maklum siapa mereka. Hakikatnya apa yang beliau kata itu memang betul.
Untuk sekian lama, bilangan atau jumlah rakyat Malaysia bukan Melayu khususnya orang Cina semakin mengecil manakala orang Melayu bertambah. Perangkaan rasmi membuktikannya.
Ini tentulah berita gembira bagi golongan Melayu yang takut Cina akan perintah Malaysia. Pusat Kajian Cina Malaysia atau Huayan mendapati kelahiran dalam kalangan masyarakat Cina telah merosot sebanyak 60% antara tahun 2000 dan 2023.
Menurut data terkini Jabatan Perangkaan hanya 7,350 bayi Cina dilahirkan dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2025, menurun sebanyak 8.6%– jumlah paling rendah dalam sejarah negara.
Oleh itu orang Melayu yang takut Cina ‘nanti perintah Malaysia’ nak takut apa lagi? Orang Cina dah tak ramai dan semakin tak ramai. Nak perintah macam mana? Yang takut dan bimbang bolehlah happy-happy dan rilek-rilek.
Dan ini pula berita gembira untuk golongan yang tidak suka sekolah Cina. Saya kira mereka sudah tahu apa yang saya sampaikan ini. Tapi tak apa. Saya ulangi untuk bikin shiok-shiok. Saya imbau kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Sim Tze Tzin pada 14 Februari 2024.
Kata Sim pada tahun 2022 ada hanya 40,000 bayi etnik Cina yang dilahirkan manakala jumlah keseluruhan kelahiran di Malaysia ialah 423,123 bayi. Bermakna bayi Cina ialah kurang 10% daripada jumlah bayi baru lahir.
Kata Sim lagi (ingat ini dikatakan tahun lepas ya): “Dalam masa lima tahun, pada 2027 mereka akan memasuki darjah satu di sekolah rendah. Secara nasional terdapat 1,200 SJKC (sekolah jenis kebangsaan Cina) untuk mereka pilih.
Sama ada mereka akan berjaya atau tidak hanya masa akan menentukan. Apa pun bagi golongan takut Cina perintah Malaysia dan golongan tidak suka sekolah Cina, kajian yang dijalankan ini bukan berita gumbira.
Adakah hasil kajian bagi membolehkan Cina perintah Malaysia?Secara unggul dan bersendirian? Saya kata tidak.
Adakah hasilnya akan memberi talian hayat kepada sekolah Cina? Saya rasa ya. Apa lagi semakin ramai orang melayu suka anak mereka belajar di sekolah Cina.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/...erpaling-melayu
Chat Berita gembira untuk si terpaling Melayu, Cina sekarang 23%. Kahwin pun malas
May 25 2025, 09:17 AM, updated 7 months ago
Quote
0.0177sec
0.73
5 queries
GZIP Disabled