Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 DBKL kena ransomware US$550,000

views
     
yhtan
post May 20 2025, 08:53 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
8,653 posts

Joined: Sep 2005
From: lolyat


Not surprise, DBKL even has balls to stop paper printing of assessment bill and ask u all to shift online.
GalaxyV
post May 20 2025, 08:54 PM

Enthusiast
*****
Junior Member
788 posts

Joined: Apr 2018
QUOTE(GalaxyV @ May 20 2025, 08:49 PM)
if not kena, then the YB can be sued for fitnah?
SUSpetpenyubobo
post May 20 2025, 08:57 PM

Regular
******
Senior Member
1,030 posts

Joined: Jan 2022

Has DBKL already redeem it a not?
JLA
post May 20 2025, 11:01 PM

Look at all my stars!!
*******
Senior Member
2,788 posts

Joined: May 2008
DBKL nafi penggodam tuntut RM236.17 juta

user posted image
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan sistem perkhidmatan dalam taliannya digodam serta penggodam menuntut wang tebusan USD55 juta (RM236.17 juta) berikutan gangguan itu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata sistem perkhidmatan dalam talian DBKL memang mengalami gangguan teknikal sebelum ini, namun tidak membabitkan sebarang tuntutan wang.

“Memang ada gangguan sistem tapi tidak ada kaitan dengan wang (tebusan) daripada sesiapa.

“Sebanyak 39 sistem yang bermasalah sudah kembali normal sejak 1 Mei lalu, seperti sistem e-perumahan, e-lesen, e-aduan dan e-tempah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Baca artikel lain: Had usia persaraan 65 tahun wajar – Azalina

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya setakat ini tidak menerima laporan berhubung tuntutan berkenaan.

Terdahulu, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan seorang Ahli Parlimen mendakwa sistem perkhidmatan dalam talian DBKL digodam dan penggodam berkenaan menuntut tebusan berjumlah RM236.17 juta.

Menurut laporan itu, Ahli Parlimen tersebut memaklumkan beliau menerima maklumat terbabit daripada individu yang dipercayainya sebagai sumber yang boleh diharap dan yakin bahawa insiden berkenaan benar-benar berlaku.

— BERNAMA

6 Pages « < 4 5 6Top
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0138sec    0.37    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 15th December 2025 - 10:20 PM