QUOTE
Tragedi di Pulau Indah: Lelaki Lemas Selepas Motosikal Terjatuh dari Dermaga
KLANG – Seorang lelaki berusia 29 tahun ditemukan lemas selepas motosikal yang dinaikinya bersama seorang rakan dipercayai tergelincir dan terjatuh dari dermaga Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN), Pulau Indah, Pelabuhan Klang, pada malam Sabtu lalu.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.53 malam mengenai dua individu yang terjatuh ke dalam air.
“Seorang mangsa berusia dalam lingkungan 30-an berjaya diselamatkan oleh orang awam, manakala seorang lagi hilang dan dikhuatiri lemas,” katanya.
Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Pelabuhan Klang menjalankan operasi pencarian sehingga jam 7 malam pada Ahad, sebelum operasi ditangguhkan.
Mayat mangsa akhirnya ditemukan pada jam 8.17 pagi Isnin, kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.
Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - MYNEWSHUB

Sekian. Sila bersurai secara aman dan teratur.
May 7 2025, 11:25 AM, updated 8 months ago
Quote
0.0158sec
0.49
5 queries
GZIP Disabled