Sumber berkata, suspek berusia 53 tahun ditahan di tepi jalan ketika dalam perjalanan pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kira-kira jam 2 pagi.
Menurutnya, pihaknya dalam proses mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.
"Suspek adalah salah seorang 'proxy' yang menerima duit daripada dalang sindiket berkenaan untuk membantu 'cuci duit'.
"Setakat ini, kita belum membuat sebarang rampasan dan tindakan susulan akan dilakukan," katanya kepada Harian Metro, hari ini.
Sementara itu, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah Ali mengesahkan tangkapan berkenaan.
Terdahulu media melaporkan tiga dusun durian, hotel, syarikat pemaju dan kilang pemprosesan kelapa sawit antara aset dibeku dan disita kerana disyaki terbabit jenayah pengubahan wang haram berkait skim pelaburan Ponzi di sebuah negara jiran dinamakan pelaburan MBI.
Ia susulan Op Northern Star siri kedua yang dijalankan di sekitar Lembah Klang dan utara tanah air bermula 18 April hingga 21 April lalu dengan penahanan lima lelaki termasuk seorang bergelar Tan Sri dan seorang lagi Datuk Seri.
Muhammed Hasbullah dilaporkan berkata, menerusi operasi siri kedua itu, pihaknya menyita tiga dusun durian di Raub, Pahang; Jawi, Pulau Pinang; dan Tasek, Kedah dengan keseluruhan keluasan 363 hektar bernilai RM223.6 juta.
Menurutnya, sebanyak 299 akaun bank bernilai lebih RM12.6 juta bersama 12 kenderaan mewah turut disita dalam operasi kedua.

May 1 2025, 03:24 PM, updated 8 months ago
Quote





0.0170sec
0.62
5 queries
GZIP Disabled