
Aku dulu ingatkan murah!
Awas jangan baca!
Tapi cuba kau tengok betul-betul.
Harga Kancil EZ (1994): RM35,789.98
Dan bila kita semak guna CPI inflation calculator,
nilai tu pada tahun 2025 bersamaan RM72,608.76.
Soalnya sekarang?
Murah ke? Atau kita sebenarnya dibodohkan oleh persepsi?
“Murah” itu ilusi bila kau tak faham.
RM35,000 pada tahun 1994
= RM72,000 pada tahun 2025.
Itu bukan murah.
Itu hampir harga City baru, S70 atau Ativa AV spec sekarang.
Orang zaman dulu pun struggle.
Gaji masa tu RM1,000 – RM1,500 sebulan.
Nak beli Kancil, tetap kena loan 7–9 tahun.
Jadi kalau hari ni kau rasa “dulu semua murah”,
hakikatnya dulu pun tetap susah tapi bezanya dulu tak ada iPhone, tak ada Shopee, tak ada GrabFood.
Masalah bukan pada harga.
Harga barang naik sebab inflasi, ya.
Tapi kenapa kuasa beli rakyat tak naik sama?
Sebab gaji naik 1%, harga naik 10%.
Sebab sistem sokong kroni, bukan pengguna.
Sebab yang kaya makin kaya, yang tengah makin terhimpit.
Kancil 1994 bukan murah.
Ia mahal untuk zaman itu.
Dan kalau kau nak faham realiti ekonomi, jangan banding harga TAPI banding kuasa beli.
Tak setuju? Takpa.
Aku tetap pilih fakta berbanding fantasi.
Prinsip berbanding persepsi.
Persoalannya, jika kau ada kelayakan pinjaman RM72,000 (tempoh 7tahun) dengan monthly RM1055 kau nak sambar kereta atau rumah?
Pemilik kancil munculkan diri. Have2 depa ni.
DISCLAIMER:
Nilai inflasi berdasarkan kalkulator rasmi CPI Malaysia. Perbandingan dibuat untuk tujuan pendidikan dan kesedaran awam, bukan promosi atau kecaman terhadap mana-mana pihak atau jenama.
Fb Zam Sani
REN30858
Apa la bangang sangat ni compare dgn 90s... After Proton & Perodua era.. Tax already increase multiple times..
Early 80s (b4 Proton), my father can buy Datsun & Mazda 323 which equal level to Honda Civic/ Mazda 3 in 2025 for just RM10k.