Sejak awal tahun 2023, Malaysia Airlines telah menghadapi beberapa insiden. Berikut adalah peristiwa yang berlaku:
9 Januari 2023 - Pesawat Airbus A330 Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Melbourne terpaksa membuat pendaratan cemas susulan masalah sistem bahan api semasa penerbangan. Pesawat mendarat dengan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.
3 April 2023 - Sebuah pesawat Malaysia Airlines terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur kerana menghadapi masalah teknikal. Insiden ini menarik perhatian kerana laluan penerbangannya yang tidak menentu, yang diakui sendiri oleh penumpang dan pengawal trafik udara.
10 Julai 2023 - Pesawat Malaysia Airlines yang menuju ke Kuching terpaksa membatalkan penerbangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selepas mengalami masalah teknikal. Semua penumpang selamat selepas penerbangan itu ditangguhkan.
14 September 2023 - Pesawat Boeing 737-800 Malaysia Airlines mengalami masalah semasa berlepas di landasan Lapangan Terbang Melbourne. Pesawat tersebut meneruskan penerbangannya selepas isu itu diselesaikan. Insiden ini berlaku hanya beberapa hari selepas kejadian sama menimpa syarikat penerbangan yang lain di lapangan terbang yang sama, mendorong siasatan dijalankan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.
20 Jun 2024: Penerbangan ke Kuala Lumpur melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Hyderabad di India kerana masalah enjin. Penerbangan itu membawa lebih 100 penumpang, dan semuanya mendarat dengan selamat.
24 Jun 2024: Penerbangan MH780 dari Kuala Lumpur ke Bangkok terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana isu tekanan. Pesawat itu membuat pendaratan cemas dan mendarat dengan selamat.
16 Ogos 2024: Penerbangan dari Melbourne ke Kuala Lumpur terpaksa melakukan pendaratan cemas di Alice Springs kerana berdepan masalah enjin.
Insiden terbaru berlaku dua hari lalu iaitu pada 21 Ogos 2024 apabila MH386 dari Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Shanghai terpaksa berpatah balik ke KLIA selepas mengalami masalah tekanan kabin.
Oleh kerana kerap sangat insiden pendaratan cemas dan masalah teknikal seumpama ini berlaku melibatkan pesawat Malaysia Airlines, maka orang ramai tertanya-tanya, “apa sudah jadi dengan Malaysia Airlines? Selamat atau tidak menaiki pesawat Malaysia Airlines?”. Ini seolah-olah satu krisis keyakinan penumpang terhadap Malaysia Airlines yang sudah pasti menjejaskan reputasi negara dan berpotensi membawa kerugian kepada syarikat penerbangan Malaysia Aviation Group (MAG) jika insiden ini berterusan lagi, akhirnya menjejaskan ekonomi negara.
Kerajaan dan Kementerian Pengangkutan perlulah segera menyiasat dan membantu Malaysia Airlines untuk memastikan kejadian serupa tidak berulang lagi di masa depan.
...........
Since the beginning of 2023, Malaysia Airlines has encountered several incidents involving its flights. Here are the key events:
9 January 2023 - A Malaysia Airlines Airbus A330 experienced a significant fuel system issue during a flight from Kuala Lumpur to Melbourne, resulting in an emergency landing in Melbourne. The aircraft landed safely, and no injuries were reported.
3 April 2023 - A Malaysia Airlines flight was forced to return to Kuala Lumpur shortly after takeoff due to technical issues with the aircraft. This incident drew attention due to its erratic flight path, which was noted by both passengers and air traffic controllers.
10 July 2023 - A Malaysia Airlines flight bound for Kuching had to abort takeoff at Kuala Lumpur International Airport (KLIA) after experiencing technical issues. The flight was delayed, but all passengers were safe.
14 September 2023 - A Malaysia Airlines Boeing 737-800 encountered a runway excursion during takeoff at Melbourne Airport. The aircraft continued its flight after the issue was resolved. This incident occurred just days after a similar runway excursion by a different airline at the same airport, prompting an investigation by the Australian Transport Safety Bureau.
20 June 2024: A flight bound for Kuala Lumpur made an emergency landing at Hyderabad Airport in India due to an engine problem. The flight had over 100 passengers on board, and all landed safely.
24 June 2024: Flight MH780 from Kuala Lumpur to Bangkok was forced to return to KLIA due to pressurisation issues. The aircraft made an emergency descent but landed safely.
16 August 2024: A flight from Melbourne to Kuala Lumpur had to make an emergency landing in Alice Springs due to engine trouble.
The latest incident happened two days ago on 21 Aug 2024 when MH386 bound for Shanghai from Kuala Lumpur was forced to return to KLIA after experiencing a cabin pressure problem.
Due to the frequent incidents of emergency landings and technical issues involving Malaysia Airlines, the public is questioning, "What has happened to Malaysia Airlines? Is it safe to fly with Malaysia Airlines?" This seems to be a crisis of confidence among passengers in Malaysia Airlines, which is likely to damage the country's reputation and potentially lead to losses for Malaysia Aviation Group (MAG) if these incidents continue, which will ultimately affect the country's economy.
The Government and the Ministry of Transport must immediately investigate and assist Malaysia Airlines to eliminate or prevent similar incidents from happening again.
Sos FB: https://www.facebook.com/share/p/E5z3vMPCR7...mibextid=qi2Omg
On a side note, how dafuq do you embed FB now why so susah leh
This post has been edited by Seager: Aug 25 2024, 10:27 PM
What's happening with MAS?
Aug 25 2024, 10:22 PM, updated 2y ago
Quote






0.0397sec
0.51
5 queries
GZIP Disabled