Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 UniFi News - Double Speed - Free Upgrade, Existing Customers FREE UPGRADE!

views
     
TSXploit Machine
post Oct 5 2023, 07:39 PM, updated 3y ago

❤️ 孤独な旅行者 ❤️​
*******
Senior Member
7,270 posts

Joined: Nov 2008
From: SINGAPORE💃

user posted image


TM hari ini secara rasminya mengumumkan pengenalan kemaskini pada penawaran produk jalur-lebar, Unifi. Di bawah kemaskini baharu ini, beberapa perkara diumumkan, termasuk permulaan penawaran pakej pada kelajuan 100Mbps dan pakej 30Mbps khas untuk Pakej Rahmah, selain penawaran pakej 1Gbps dan 2Gbps secara berasingan tanpa perlu melanggan pakej Unifi TV. Dibawah penawaran baharu ini, kini pakej Unifi bermula pada kelajuan 100Mbps pada harga RM99 sebulan. Namun, untuk masa terhad, pihak TM menawarkan ia pada harga RM89 sebulan. Berikut merupakan penawaran pakej Unifi baharu, sehingga 2Gbps:​

100Mbps – RM99 sebulan (RM89 sebulan untuk masa terhad)​
300Mbps – RM139 sebulan​
500Mbps – RM159 sebulan​
1Gbps – RM289 sebulan​
2Gbps – RM319 sebulan​


Selain pakej 30Mbps, pakej 800Mbps juga tidak ditawarkan lagi dibawah pelan baharu ini. Walaupun begitu, TM mengatakan mereka akan kekal menawarkan Pakej Rahmah Unifi 30Mbps kepada komuniti B40, OKU, warga emas dan veteran, pada harga RM69 sebulan. Dengan kemaskini pelan ini, TM sekaligus meningkatkan kadar kelajuan purata untuk pengguna di Malaysia berbanding pada masa kini. Untuk para pelanggan Unifi sedia ada, sebagai ucapan terima kasih atas sokongan, TM menyatakan semua pelanggan sedia ada akan menerima naik-taraf kelajuan ke tahap seterusnya secara percuma.

Ini bermakna sekiranya sebelum ini anda menggunakan pakej 30Mbps, anda akan dinaik-taraf ke pakej 100Mbps. Begitu juga 100Mbps kepada 300Mbps, dan seterusnya. Penaik-tarafan ini akan dilakukan secara berperingkat kepada semua pengguna. TM menyasarkan ia akan mengambil tempoh sehingga 3 bulan sebelum semua menerima naik-taraf kelajuan ini. Para pelanggan Unifi akan menerima notifikasi melalui medium komunikasi biasa (seperti SMS, emel dan sebagainya) apabila menerima penaik-tarafan kelajuan internet ini.​

Sumber asal https://www.malaysiakini.com/news/681564

This post has been edited by Xploit Machine: Oct 5 2023, 07:46 PM
TSXploit Machine
post Oct 5 2023, 07:39 PM

❤️ 孤独な旅行者 ❤️​
*******
Senior Member
7,270 posts

Joined: Nov 2008
From: SINGAPORE💃

Tiada Penurunan Harga Ketara Unifi, Pengguna Sedia Ada Di Naiktaraf Kelajuan
Telekom Malaysia ™ hari ini mengumumkan penyelarasan harga untuk pelan jalur lebar fiber Unifi, seperti yang ditunggu ramai. Ia boleh dikatakan sebagai jawapan kepada kenyataan Menteri Komunikasi yang mengatakan harga pakej jalur lebar akan turun mendadak selepas September. Tetapi penurunan harga ini tidaklah sebesar naik taraf turbo yang dinikmati rakyat Malaysia pada tahun 2018 dahulu. Sebaliknya, pengguna sedia ada akan diberikan naik taraf satu tahap pelan.

Tiada Pelan Murah, Harga Turun Sedikit
Dalam pengumuman ini, TM dilihat tidak menurunkan harga terendah yang boleh dilanggan pengguna. Jika dahulu pelan terendah adalah 30Mbps RM89, kini ia menjadi pelan 100Mbps berharga RM99. Tetapi ada tawaran masa terhad diberikan untuk pelan tersebut iaitu hanya RM89 untuk pelan 100Mbps.

Pengguna Sedia Ada Terima Naik Taraf Kelajuan​
Bagi pengguna Unifi sedia ada, kesemuanya akan dinaikkan kelajuan ke satu tahap lebih pantas. Penggunaa 100Mbps akan dinaik taraf ke 300Mbps, manakala pengguna 300Mbps menerima kelajuan 500Mbps. Begitu juga pelan 500Mbps, dikemaskini menjadi pelan 1Gbps. TM memaklumkan kenaikan kelajuan ini akan disediakan secara berperingkat kepada semua pelanggan dalam tempoh 3 bulan. Tiada perubahan harga. Bagaimanapun, tiada naik taraf diberi kepada pelanggan pakej Perpaduan Jalur Lebar atau nama baru, Pakej Rahmah Unifi. Harganya kekal RM69/bulan dengan kelajuan 30Mbps serta kuota tanpa had.
TSXploit Machine
post Oct 5 2023, 07:40 PM

❤️ 孤独な旅行者 ❤️​
*******
Senior Member
7,270 posts

Joined: Nov 2008
From: SINGAPORE💃

UniFi Turunkan Harga Jalur Lebar Tahun Depan

05.10.2023 - TM menjadi penyedia jalur lebar gentian pertama yang mengurangkan harga berikutan Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) terbaru yang berkuat kuasa pada 1 Mac. Di bawah skim harga baru itu, tawaran termurah TM ialah perkhidmatan Unifi 100Mbps yang akan menelan kos RM99 sebulan, turun daripada RM129 sebulan. Unifi 300Mbps akan berharga RM139 sebulan, turun daripada RM149 manakala Unifi 500Mbps akan berharga RM159 sebulan, turun daripada RM209. Tawaran 1Gbps dan 2Gbps syarikat kekal tidak berubah masing-masing pada RM289 sebulan dan RM319 sebulan. Selain itu, TM akan menawarkan pakej Unifi 100Mbps pada harga RM89 sebulan untuk masa terhad. Pelanggan Unifi "terpilih" juga akan menikmati peningkatan kelajuan percuma.

user posted image


MSAP diperkenalkan pada 2018 di bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad, mengurangkan harga borong jalur lebar gentian. Pembekal perkhidmatan bertindak balas hampir serta-merta dengan mengurangkan harga runcit. Kali ini, prosesnya mengambil masa yang lebih lama. Pada Ogos, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata penyedia perkhidmatan dikehendaki mengurangkan harga menjelang September - enam bulan selepas MSAP baru. Pada September, Fahmi berkata rundingan dengan penyedia perkhidmatan masih diteruskan.

Sumber asal https://www.malaysiakini.com/news/681564
TSXploit Machine
post Oct 5 2023, 07:41 PM

❤️ 孤独な旅行者 ❤️​
*******
Senior Member
7,270 posts

Joined: Nov 2008
From: SINGAPORE💃

Semak Kelayakkan FREE UPGRADE !

Unifi korang dapat speed upgrade for free tak? Boleh Check dapat atau tak free upgrade tu di https://unifi.com.my/speedupgrade2023 . Tak ada tambahan bayaran atau renew contract. Tapi kalau perlukan devices baru, barulah dia renew contract. Kalau dah ada sendiri punya, hanya perlu restart modem & router anda.

user posted image

TSXploit Machine
post Oct 6 2023, 01:00 PM

❤️ 孤独な旅行者 ❤️​
*******
Senior Member
7,270 posts

Joined: Nov 2008
From: SINGAPORE💃

QUOTE(wonghy @ Oct 6 2023, 10:14 AM)
Can't get info on my package subscription from Unifi website
"No Unifi account found

It seems that you have not subscribe to any Unifi plan yet,
or you might have entered the wrong ID"
Anyone has similar problem.?
Pls advise what to do. Thanks
*
reset password, enter the email"s" you probably had / have with TM UniFi ..

simple wat .. i tot LYN members are very intelligent? .. no?

user posted image
user posted image
user posted image

This post has been edited by Xploit Machine: Oct 6 2023, 01:05 PM
TSXploit Machine
post Oct 7 2023, 09:01 PM

❤️ 孤独な旅行者 ❤️​
*******
Senior Member
7,270 posts

Joined: Nov 2008
From: SINGAPORE💃

bodoh nye ..
TSXploit Machine
post Nov 20 2023, 12:28 PM

❤️ 孤独な旅行者 ❤️​
*******
Senior Member
7,270 posts

Joined: Nov 2008
From: SINGAPORE💃

finally done .. not all customers can "feel" the speed because;

- Need change newer router (mine TM changed to model SR1041F) which supports WiFi 6
- Speedtest must be done using 5GHz connection only

user posted image user posted image

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0204sec    0.28    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 21st December 2025 - 09:02 AM