
TM hari ini secara rasminya mengumumkan pengenalan kemaskini pada penawaran produk jalur-lebar, Unifi. Di bawah kemaskini baharu ini, beberapa perkara diumumkan, termasuk permulaan penawaran pakej pada kelajuan 100Mbps dan pakej 30Mbps khas untuk Pakej Rahmah, selain penawaran pakej 1Gbps dan 2Gbps secara berasingan tanpa perlu melanggan pakej Unifi TV. Dibawah penawaran baharu ini, kini pakej Unifi bermula pada kelajuan 100Mbps pada harga RM99 sebulan. Namun, untuk masa terhad, pihak TM menawarkan ia pada harga RM89 sebulan. Berikut merupakan penawaran pakej Unifi baharu, sehingga 2Gbps:
100Mbps – RM99 sebulan (RM89 sebulan untuk masa terhad)
300Mbps – RM139 sebulan
500Mbps – RM159 sebulan
1Gbps – RM289 sebulan
2Gbps – RM319 sebulan
Selain pakej 30Mbps, pakej 800Mbps juga tidak ditawarkan lagi dibawah pelan baharu ini. Walaupun begitu, TM mengatakan mereka akan kekal menawarkan Pakej Rahmah Unifi 30Mbps kepada komuniti B40, OKU, warga emas dan veteran, pada harga RM69 sebulan. Dengan kemaskini pelan ini, TM sekaligus meningkatkan kadar kelajuan purata untuk pengguna di Malaysia berbanding pada masa kini. Untuk para pelanggan Unifi sedia ada, sebagai ucapan terima kasih atas sokongan, TM menyatakan semua pelanggan sedia ada akan menerima naik-taraf kelajuan ke tahap seterusnya secara percuma.
Ini bermakna sekiranya sebelum ini anda menggunakan pakej 30Mbps, anda akan dinaik-taraf ke pakej 100Mbps. Begitu juga 100Mbps kepada 300Mbps, dan seterusnya. Penaik-tarafan ini akan dilakukan secara berperingkat kepada semua pengguna. TM menyasarkan ia akan mengambil tempoh sehingga 3 bulan sebelum semua menerima naik-taraf kelajuan ini. Para pelanggan Unifi akan menerima notifikasi melalui medium komunikasi biasa (seperti SMS, emel dan sebagainya) apabila menerima penaik-tarafan kelajuan internet ini.
Sumber asal https://www.malaysiakini.com/news/681564
This post has been edited by Xploit Machine: Oct 5 2023, 07:46 PM
Oct 5 2023, 07:39 PM, updated 3y ago
Quote





0.0216sec
0.29
5 queries
GZIP Disabled