PASIR GUDANG: "Muhd Adam Danish adalah anak sulung yang bertanggungjawab dan sebelum kejadian dia sempat mengambil saya dari tempat niaga dan hantar pulang ke rumah," kata Lily Nor Ilyana Abdullah.
Lily Nor Ilyana, 40, berkata, dia tidak sangka Muhd Adam Danish Mohd Fairu, 16, yang maut dalam kemalangan jalan raya di Taman Kota Masai pada 10.30 malam tadi dilabelkan sebagai 'mat rempit'.
Ketika kejadian, katanya, Muhd Adam Danish dalam perjalanan daripada kedai ke kediaman rakannya di kawasan perumahan Taman Kota Masai dan menunggang motosikal jenis EX5 dan membonceng rakannya dikenali sebagai Khairul.
"Tidak disangka Muhd Adam Danish dan Khairul menjadi mangsa apabila motosikal dinaiki dirempuh motosikal lain dipercayai milik remaja yang terbabit dalam lumba haram.
"Saya terkejut menerima panggilan berkaitan kejadian dan tidak menjangka anak saya dan Khairul meninggal dunia di tempat kejadian. Mereka adalah sahabat baik dan kedua-duanya tiada kaitan dengan kumpulan remaja yang terbabit lumba haram," katanya.
Lily Nor Ilyana berkata, arwah tidak menunjukkan perubahan ketara sebelum kejadian malang itu, namun berkali-kali mencium adik bongsunya berusia tujuh tahun.
Lebih menyedihkan mereka sekeluarga ialah kejadian malang menimpa arwah beberapa hari sebelum Aidilfitri.
"Saya sebak apabila mengenangkan hasrat saya untuk membelikan baju baharu baginya tidak kesampaian.
"Kami cuba tunaikan keinginan arwah untuk pulang ke kampung kerana dia akan kebumikan arwah di
Kampung halaman di Pengkalan Chepa, Kelantan selepas selesai urusan bedah siasat di Hospital Sultan Ismail (HSI)," katanya.
Lily Nor Ilyana berkata, arwah anaknya adalah penuntut Tahun Pertama di pusat latihan kemahiran GiatMARA di Pasir Gudang.
"Kami sekeluarga reda dengan nasib Adam dan tabah menghadapi dugaan Allah ini," katanya ketika dihubungi.
Polis mengesahkan kejadian membabitkan tiga motosikal yang menyebabkan tiga kematian dan seorang parah dan semua mangsa yang meninggal dunia adalah remaja berusia 15 hingga 16 tahun manakala yang cedera parah berusia 17 tahun.
Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
This post has been edited by premier239: Apr 23 2022, 07:57 PM
Anak saya bukan mat rempit! baik orangnya
Apr 23 2022, 07:53 PM, updated 4y ago
Quote
0.0357sec
0.89
5 queries
GZIP Disabled