Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 DG Hisham: KKM MAY start using Ivermectin

views
     
TSBoy96
post Jul 11 2021, 01:03 AM, updated 5y ago

That's a tripod.
*******
Senior Member
3,848 posts

Joined: Dec 2009
From: Ampang




KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit COVID-19 jika terdapat bukti kukuh menjelaskan keberkesanan dan kesan sampingannya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata KKM ketika ini hanya membenarkan penggunaan Ivermectin secara 'off label' (ubat di luar indikasi tertera dalam label dan belum atau di luar persetujuan badan atau lembaga bertanggungjawab) sehingga kajian menyeluruh dijalankan.



"Sekarang ini kita boleh gunakan Ivermectin dalam negara dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sudah meluluskan penggunaan 'off label' seperti digunakan dulu untuk ubat anti malaria dan HIV.

"Penggunaannya tidak didaftarkan, tetapi dibenarkan sehingga kita ada bukti kukuh," katanya ketika diundang sebagai panel program The Nation, bertajuk 'COVID-19: Apa Lagi Ikhtiar Kita' yang disiarkan secara langsung menerusi BERNAMA TV malam tadi.


Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasit diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) yang digunakan secara meluas bagi rawatan beberapa penyakit tropika terabai, termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, KKM juga giat menjalankan kajian untuk mengenal pasti keberkesanan dan kesan sampingannya bagi pesakit COVID-19 kategori tiga, empat dan lima.

"Ivermectin adalah ubat antiparasit yang dikenal pasti dari tahun 70-an dan ia ada kesan antiviral. Saya sendiri sekitar empat tahun lalu mengesyorkan penggunaannya untuk (merawat) denggi.

"Saya kemukakan cadangan ini kerana Ivermectin ada kesan antiviral. Kita sudah menjalankan kajian di Thailand dan kajian permulaan menunjukkan untuk mendapatkan kesan antiviral ini, dosnya amat tinggi," katanya.

Beliau menjelaskan, terdapat kesan sampingan Ivermectin yang tidak dimaklumkan, antaranya Ataxia atau masalah keseimbangan, sawan dan seumpamanya.

Mengulas kemungkinan ubat itu akan dipertimbangkan untuk merawat pesakit COVID-19, Dr Noor Hisham berkata, perkara berkenaan masih dalam penelitian.

"Insya-Allah, ada yang kita sudah benarkan penggunaan secara off label, tetapi dengan pemantauan rapi petugas hospital," katanya.


Pada awal bulan lalu, KKM dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan penggunaan serta keberkesanan Ivermectin untuk pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital di bawah kementerian itu.

Dr Noor Hisham sebelum ini menjelaskan, setakat ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membenarkan Ivermectin sebagai rawatan COVID-19 dalam kajian atau percubaan klinikal saja.

Bagaimanapun, keengganan KKM menggunakan Ivermectin mengundang ketidakpuasan hati ramai, termasuk doktor pakar dan persatuan pengguna.
TSBoy96
post Jul 11 2021, 11:54 AM

That's a tripod.
*******
Senior Member
3,848 posts

Joined: Dec 2009
From: Ampang


QUOTE(aspartame @ Jul 11 2021, 11:51 AM)
Lol.. it seems like you cannot explain why UK death rate so low despite surging Covid cases... as I said, the logical explanation is vaccines work....even in the US, the cases dropped straight down after vaccination ...there is no question that vaccine efficacy is more than 1.5%
*
But then uk and us does not use majority of inactivated virus based vaccine, then again, thats another topic altogether
TSBoy96
post Aug 3 2021, 01:18 AM

That's a tripod.
*******
Senior Member
3,848 posts

Joined: Dec 2009
From: Ampang




Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan ujian klinikal ke atas 500 pesakit untuk menilai keberkesanan penggunaan Ivermectin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, objektif utamanya adalah untuk melihat sama ada ubat terbabit dapat merawat secara efektif pesakit yang berada pada tahap awal Covid-19 dan mencegah daripada beralih ke kategori empat atau lima.



"Kita juga akan melihat perbezaan dari segi jumlah kematian, pengudaraan mekanikal, jumlah berapa pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kesan di sebalik penggunaannya.


"Satu kumpulan akan menerima Ivermectin oral dengan dos 0.4 miligram (mg)/kilogram) (berdasarkan berat badan) setiap hari selama lima hari berturut-turut sementara kumpulan yang lain hanya akan mendapat rawatan biasa tanpa ubat terbabit," katanya kepada Harian Metro.

Dr Noor Hisham berkata, setakat ini 200 pesakit sudah sudah menjalani ujian klinikal terbabit dan menjangkakan 500 pesakit akan dicapai sehingga September ini.

"Adalah penting untuk tahu bahawa dos Ivermectin yang digunakan dalam ujian klinikal ini lebih tinggi dari dos dibenarkan untuk jangkitan parasit.

"Subjek kajian dipantau rapi oleh doktor berpengalaman sekiranya berlaku apa-apa dalam tempoh kajian klinikal terbabit," katanya.

Beliau berkata, kajian itu didaftarkan di clinicaltrials.gov dan pada sesiapa yang berminat boleh melihat dengan jelas mengenai protokol kajian bagi memastikan kajian telus dan untuk elakkan sebarang prejudis pada masa akan datang.

"Keberkesanan ubat ini di dalam proses rawatan Covid-19 mesti berdasarkan bukti saintifik dan bukan pandangan peribadi dan sentimen orang awam," katanya.

Selain daripada doktor dari jabatan penyakit berjangkit, seramai 140 orang terbabit dalam ujian klinikal ini terdiri daripada pakar perubatan, pegawai perubatan, ahli farmasi dan pegawai penyelidikan dari Pusat Kajian Klinikal (CRC) dari 18 hospital kerajaan.

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0240sec    1.68    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 27th November 2025 - 09:02 AM