Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Which panadol better for migraine?

views
     
fu'house
post Apr 27 2021, 05:47 PM

On my way
****
Junior Member
553 posts

Joined: Oct 2010


QUOTE(ihm11 @ Apr 27 2021, 05:02 PM)
all same cos the active ingredient is jes paracetamol, normally 500mg

all those "fast acting" n watnot r jes marketing terms used by manufacturers

at most they just coat the tablets in gelatin or use capsules with thicker/thinner walls to gip feeling it is working fast/selow
*
Some dose different. Here reference sama blogspot:

QUOTE

"Adik ambilkan panadol 1 papan"

"Panadol yang mana satu ya?"

"Ohh ada banyak ka ? Isteri suruh belikan panadol ja. Apa beza ye semua tu?"

Harini admin nak kongsikan jenis-jenis Panadol yang terdapat di pasaran supaya lepas ni dah tahu dan tak tersalah beli.

1⃣Panadol Actifast

✔️Ianya mengandungi sodium yang bertindak meningkatkan pergerakan paracetamol

✔️Boleh membantu melegakan demam sakit yang tidak serius:sakit kepala,migraine, sakit belakang,sakit otot dan sendi,senggugut, sakit radang sendi,sakit gigi, sakit TIDAK SELESA kerana selsema dan sakit tekak

✔️Panadol actifast diserap dua kali lebih cepat kedalam darah berbanding Paracetamol biasa. Jadi ianya lebih cepat memberi kelegaan pada pengguna

✔️Khas untuk pesakit darah tinggi pengambilan sodium yang disarankan adalah bawah dari 1500mg.  Setiap tablet Actifast mengandungi 173mg sodium,jika pengambilan tablet actifast sebanyak 2 biji 4 kali sehari, jumlah pengambilan sodium adalah 1384mg belum ditambah dengan diet seharian kita seperti makanan masin. Jadi hati-hati ya

2⃣Panadol Optizorb

✔️Ianya mengandungi paracetamol 500mg. Optizorb menggunakan formula teknologi baru yang mengandungi alginic acid dan calcium carbonate.

✔️Alginic acid bertindak menyerap air dan dan mengembang. Manakala calcium carbonate bertindak balas dengan acid dalam perut yang mana mempercepatkan larutan ubat dalam perut

✔️Membantu melegakan sakit kepala, migraine, sakit tekak, demam dan sakit gigi


✔️Kelebihannya: pantas dan lebih selamat pada mereka yang perlu mengawal pengambilan garam dalam diet mereka.

3⃣Panadol Extend

👉Kandungannya ialah 665mg paracetamol

👉Mempunyai kelebihan seperti kesannya yang tahan lama lebih dari 8 jam daripada produk lain kebiasaannya 4-6 jam

👉Membantu melegakan kesakitan otot, sakit sendi, sakit belakang dan sakit di bahagian tulang rawan

4⃣Panadol Extra

✔️Kandungannya paracetamol 500mg. Serta tambahan (extra) 65mg kafein

✔️Kafein boleh meningkatkan saiz salur darah dan memudahkan perjalanan darah.

✔️Kafein tidak boleh diambil melebihi 200mg oleh perempuan mengandung.

✔️Begitu juga ibu yang menyusukan bayi, kafein yang dibenarkan tidak melebihi 300mg kerana ianya boleh mengganggu tidur anak susuan

✔️Penggunaannya tidak lebih dari 2 hari seminggu

5⃣Pandol Soluble

👣Panadol soluble adalah yang jenis larut dalam air. Sesuai untuk yang susah menelan ubat biji atau syrup.

👣Namun kandungan sodiumnya tinggi, sedikit berbahaya pada yang mempunyai masalah darah tinggi dan mengamalkan diet kurang sodium

6⃣Panadol Menstrual

✔️Kandungan 500mg paracetamol 25mg pamabron

✔️Pamabrom membantu menyingkirkan air lebihan terkumpul dalam badan disebabkan perubahan hormon. Lebihan air akan dibuang melalui air kencing.

✔️Panadol menstrual sesuai untuk wanita yang mengalami PMS: cramp & kembung perut dan ketidakselesaan semasa awal datang haid

8⃣Panadol Children

👉Kandungan setiap tablet 120mg Paracetamol

👉Sesuai untuk kanak-kanak yang sudah boleh menelan.

👉Dose yang boleh diberikan ialah mengikut berat 15mg/kg

👉Sebagai contoh berat kanak-kanak adalah 16kg

✔️16kg x 15mg/kg= 240mg

👉Jadi boleh ambil 2 biji panadol children setiap dos

9⃣Panadol cold+ flu-D

✔️Kandungan paracetamol 500mg, phenylephrine hcl 5mg, chlorphenaramine maleate 2mg dan potassium sorbate 0.6mg

✔️Phenylephrine hcl membantu mengurangkan hidung tersumbat

✔️chlorphenaramine maleate membantu mengurangkan selsema alahan ataupun gatal

✔️Panadol COLD+ FLU-D boleh membantu melegakan hidung berair, bersin, hidung tersumbat, gatal-gatal dan mata berair

👣Hati-hati jika ambil ubat ini semasa memandu atau bekerja, pengambilan ubat ini boleh menyebabkan mengantuk

🔟Panadol 650

➡️Kandungan paracetamol 650mg

➡️Hanya perlu ambil 1 hingga 1 setengah kaplet untuk 12 tahun ke atas  tidak boleh melebihi 6 kaplet sehari

➡️Sesuai untuk yang tak suka ambil ubat 2 biji sekaligus. Kelegaan sakit dalam masa 1 jam. Boleh membantu menurunkan suhu demam dalam 30minit

➡️Tidak selamat diambil bersama alkohol. Kurang digalakkan untuk ibu mengandung.
Boleh digunakan oleh ibu menyusu.

Dah sedikit jelaskan tentang jenis-jenis panadol. Nanti tak susah nak pilih masa nak beli nanti 😉
http://farmasimarmin.blogspot.com/2019/06/...anadol.html?m=1

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0157sec    0.38    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 16th December 2025 - 05:52 PM