Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

Discussion FAM Discussion thread., Tengku Abdullah quits, who's next ?

views
     
tenno
post Jul 17 2007, 12:52 PM

Livestrong
*******
Senior Member
3,550 posts

Joined: Jan 2003
From: Bdr Saujana Putra



Comment from Datuk Seri Khir Toyo (Selangor MB, FAS president)

QUOTE
Menurut Menteri Besar Selangor itu, apa yang penting sekarang ialah untuk meningkatkan kualiti bola sepak kerana prestasi pasukan Malaysia memang amat memalukan.

Selain itu kata Mohamad Khir, sistem yang dijalankan oleh FAM sekarang perlu diubah kerana dia melihat sistem yang dianjurkan tidak memberi kesan.

Sebagai contoh, katanya, cara FAM mengambil pemain-pemain negeri untuk mewakili negara adalah tidak betul.

Mohamad Khir berpendapat, FAM sepatutnya perlu ada kumpulan pemain khas dan ia boleh disewakan atau pun dipinjamkan ke negeri-negeri.

''Katalah FAM ada 30 hingga 40 pemain yang dilatih dan bila negeri-negeri contohnya Selangor nak ambil, kita kena bincang antaranya berapa kos untuk mengambil pemain itu.


''Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Pemain yang dilatih oleh negeri diambil oleh skuad kebangsaan.

''Jadi ini yang menyebabkan kualiti bola sepak kita semakin menurun dan pada pendapat saya cara ini tak boleh diteruskan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Selangor di sini, semalam.

Tambahnya lagi, skuad negara yang terlalu bergantung kepada pemain import juga menjadi antara sebab kemerosotan bola sepak negara.

Katanya, faktor itu boleh menyebabkan pemain-pemain tempatan kurang keyakinan diri.

''Kalau main di padang dia nak tengok orang luar, yang jaringkan gol pun kebanyakannya pemain luar, lepas itu yang jadi pertahanan pun orang luar.

''Ini menyebabkan pemain kita hilang kepercayaan diri," tegasnya.
If his suggestion in the bold part is taken, I believe we'll be the first in the world to do it to the senior squad (I think).

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0458sec    0.53    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 19th December 2025 - 04:49 PM