Outline ·
[ Standard ] ·
Linear+
Discussion FAM Discussion thread., Tengku Abdullah quits, who's next ?
|
Azuma-kun
|
Jul 16 2007, 10:21 PM
|
|
I will be happy if Ibrahim Saad resign also. He the one who talk a lot, kerja kalut.
|
|
|
|
|
|
Azuma-kun
|
Jul 16 2007, 11:49 PM
|
|
Sultan Pahang can stay if he wants. But make sure, he done his job well after he plans to stay. Hope his "proses baik pulih" will end up with a good result. Not talk only.
|
|
|
|
|
|
Azuma-kun
|
Jul 17 2007, 05:08 AM
|
|
Ibrahim pula letak jawatanhttp://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=...an&pg=su_06.htm» Click to show Spoiler - click again to hide... « QUOTE SUBANG - Belum reda dengan peletakan jawatan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kelmarin, badan induk itu digemparkan lagi dengan pengunduran Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad selaku Setiausaha Agung berkuat kuasa bulan depan.
Tamparan paling hebat melanda bola sepak negara ketika skuad bimbingan Norizan Bakar diaibkan oleh China apabila tewas 1-5 dan tunduk 5-0 kepada Uzbekistan disusuli pengunduran mengejut Tengku Abdullah dan sehari selepas itu, kini giliran Ibrahim pula melepaskan jawatan yang disandang dua tahun empat bulan.
Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, sebelum berlepas ke Kuantan, semalam.
''Saya telah menerima surat peletakan jawatan Ibrahim. Beliau menolak untuk menyambung kontraknya selaku Setiausaha Agung FAM yang berakhir bulan depan.
''Surat itu saya terima daripada beliau (Ibrahim) sewaktu berada di London.
''Bagaimanapun, dalam surat tersebut tidak menyatakan dengan lanjut mengapa Ibrahim enggan menyambung kontraknya.
''Saya telah menerima perletakan jawatan beliau,'' ujarnya.
Tahun lalu, Ibrahim telah menyuarakan hasrat bahawa beliau mahu meletak jawatan bagaimanapun beliau kemudiannya tidak berbuat demikian.
Ibrahim Saad dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM pada Mei 2005 sewaktu Kongres Tahunan ke-42 badan induk itu.
Beliau dilantik menjawat jawatan tersebut bagi mengisi kekosongan apabila Datuk Dell Akhbar Khan mengemukakan surat perletakan jawatan selaku Setiausaha Agung badan induk itu pada 1 Mac 2005.
Ibrahim yang sebelum ini adalah Naib Presiden FAM memegang beberapa jawatan penting di peringkat negeri dan kebangsaan.
Antaranya ialah Pengerusi Panel Penasihat Sukan (SAP), Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) dan Presiden Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
Mengulas lanjut, Sultan Ahmad Shah berkata:''Ini adalah perkara biasa sama ada beliau hendak menyambung kontrak lagi atau pun tidak.''
Begitupun, baginda mengucapkan terima kasih kepada Ibrahim sepanjang perkhidmatan beliau mengemudi badan induk itu.
Added on July 17, 2007, 5:13 amShahidan minat jawatan no. 2 FAMhttp://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=...an&pg=su_09.htm» Click to show Spoiler - click again to hide... « QUOTE KANGAR - Peletakan jawatan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru berusia tiga hari tetapi sudah ada yang 'merisik' dan mengintai untuk mengisi jawatan nombor dua itu dalam badan induk bola sepak negara.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dikatakan telah menyatakan minat untuk mengisi jawatan itu biarpun keputusan mengejut Tengku Abdullah, kelmarin masih belum reda.
Ketika ditemui pemberita semalam, Shahidan pada mulanya tidak mahu bercakap mengenai perkara itu tetapi kemudian membayangkan tidak menolak andaian beliau mahu mengisi kekosongan jawatan itu.
''Saya memang berminat untuk memimpin mana-mana persatuan sukan kebangsaan termasuk FAM jika diberi peluang. Saya kini menerajui empat persatuan sukan kebangsaan selain Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA).
''Saya tidak kata saya mahu ganti beliau (Tengku Abdullah), saya cuma merisik... itu sahaja," katanya selepas melancarkan Karnival Gaya Hidup Rakan Muda Peringkat Negeri Perlis 2007 di sini, semalam.
Menurut Shahidan, minatnya untuk memimpin apa sahaja persatuan sukan kebangsaan memang amat menebal.
''Saya tidak kisah apa sahaja persatuan sukan kerana saya mahu bersama-sama menyumbang idea dan tenaga untuk membangunkan sukan di negara ini... termasuklah bola sepak," tambahnya.
Kelmarin, Tengku Abdullah membuat keputusan mengejut dengan melepaskan semua jawatannya dalam FAM selepas menabur khidmat selama 15 tahun.
Beliau tidak menyatakan alasan sebenar tindakannya tetapi ia dikatakan berkait rapat dengan kekecewaan beliau terhadap pasukan bola sepak negara yang kalah teruk dalam dua perlawanan Piala Asia yang sedang berlangsung.
Shahidan sebelum ini pernah mengumumkan untuk bertanding jawatan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada pemilihan pucuk pimpinan MOM bagi penggal 2007-2009 Mei lalu tetapi menarik diri pada saat akhir.
Selain menjadi Presiden PFA, Shahidan juga adalah presiden beberapa persatuan sukan kebangsaan dan negeri termasuk Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dan Persatuan Kabbadi Malaysia (KAM).
Still politician. No no no This post has been edited by Azuma-kun: Jul 17 2007, 05:13 AM
|
|
|
|
|