---------------
hli Parlimen Bukit Bendera daripada DAP, Zairil Khir Johari menyeru seluruh Ahli Parlimen dari Sarawak menolak pindaan ke atas Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah.
Kata beliau, rang undang-undang (RUU) persendirian yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan memberi lebih kuasa kepada Mahkamah Syariah.
“Jika pindaan ini diluluskan, Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa untuk melaksanakan apa sahaja bentuk hukuman yang dibenarkan oleh Islam selain daripada hukuman bunuh.
“Ini termasuk hukuman 100 sebatan kepada penzina, 80 sebatan kerana fitnah seksual, 40-80 sebatan kerana mabuk dan hukuman penjara termasuk pelucutan hak harta untuk mereka yang bidaah dan murtad,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
This post has been edited by kaffra: Apr 22 2017, 04:59 PM
Apr 22 2017, 04:52 PM
Quote
0.0112sec
0.28
7 queries
GZIP Disabled