QUOTE(Akmall540 @ Mar 29 2017, 04:23 PM)
Saya ada satu soalan.
Pada tahun 2015, semasa memandu kereta, emak saya dilanggar oleh budak sekolah (tiada lesen) dari tepi. Budak sekolah tu nak keluar simpang tapi dia tak nampak kereta emak saya lalu terlajak dan melanggar pintu depan (pintu penumpang depan, belah kiri.) Mak saya terus buat laporan polis di balai polis berdekatan untuk mengelakkan apa apa kejadian yang tak diingini kelak.
Manakala adik saya pula menghantar budak sekolah tu ke klinik dan takde apa apa kecederaan serius pun.
Tapi tahun lepas bulan Oktober ada surat tuntutan dari bapa budak sekolah tersebut yang dihantar melalui syarikat guaman untuk minta tuntutan(mungkin LOD). Jumlah besar tuntutannya adalah bernilai RM500. Emak saya tidak menjawab surat tersebut sebab dia dah tua, biasalah orang kampung.
Lepas tu datang surat untuk naik ke mahkamah berkenaan dengan kes ini.
Soalan saya, apa yang boleh saya lakukan untuk membuktikan yang emak saya tidak bersalah dalam kes ini.
Soalan kedua, adakah saya boleh menyaman kembali bapa budak sekolah tersebut andai kata emak saya terbukti tidak bersalah dalam kes ini.
Sekian, terima kasih.
Soalan pertama:
Sekiranya tuntutan adalah RM500 sahaja (sila semak document mahkamah), adalah amat pelik kerana mengikut kaedah-kaedah mahkamah, segala tuntutan tidak melebihi RM5ribu TIDAK boleh dikendalikan oleh peguamcara.
Walaubagaimanapun, untuk membuktikan emak kamu tidak bersalah, ini bergantung kepada laporan polis yang telah dibuat. Adakah pihak polis menyiasat laporan polis emak kamu? Boleh minta semak dengan pihak polis.
Selain daripada itu, adakah emak kamu mengambil apa-apa gambar berkenaan dengan accident tersebut? Siapa lagi yang berada dalam kereta ketika accident berlaku? Semua bukti-bukti ini adalah relevant dalam kes kamu.
Sekiranya diperlukan, kamu dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat peguam. Duka cita, saya tidak dapat menasihatkan selanjutnya tanpa melihat dokumen ataupun Surat mahkamah tersebut yang disebut oleh kamu.
Soalan kedua:
Tidak perlu menunggu sehingga emak kamu dibukti tidak bersalah. Kamu boleh menyaman terus untuk kerugian yang dialami (seperti kos membaiki kereta...etc).
Dalam semua kes sivil, sesiapa yang menuntut hendaklah membuktikan bahawa kerugian adalah disebabkan oleh tindakan defendan. Oleh itu, sekiranya kamu ingin menuntut kerugian, kamu hendaklah mengemukalan bukti-bukti yang secukupnya.
Dalam kes ini, tuntutan hendaklah dituju kepada PENJAGA budak sekolah tersebut (sekiranya dia masih dibawah umur sekarang). Bukan kepada Bapa dia.