QUOTE(halimhadi @ Mar 22 2017, 04:43 PM)
ringkasan cara cara nak saman sebab kena langgar?
Buat masa sekarang, apa yang harus di buat:
1. Buat laporan polis (sekira belum buat)
2. Kumpulkan bukti (seperti: gambar tempat kejadian, gambar kereta, butir-butir orang yang melanggar Kamu, kos membaiki kereta seperti resit, sekiranya tercedera kena ambil laporan hospital, resit hospital dan MC dan dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong tuntutan kamu)
Cara nak saman:
1. Cari loyar, bagi dokumen semua kepada loyar
2. Kebiasaan loyar akan keluar LOD surat tuntutan sebelum saman orang di mahkamah
3. Kalau orang tu x nak bayar amaun yang dituntut dalam LOD, boleh saman di mahkamah
4. Loyar akan menyediakan writ dan pernyataan tuntutan yang akan menyatakan fakta kes dan tuntutan kamu
5. Writ dan pernyataan tuntutan akan diserah kepada orang tersebut (defendan)
6. Proses yang seterusnya sangat panjang, semua akan diuruskan loyar. Oleh itu, x nak elaborate panjang panjang kat sini.
Secara alternatif, sekiranya kamu ada beli insurance, pihak insurance ada panel loyar yang akan samankan orang yang melanggar kamu. Insurance akan bayar ganti rugi kepada kamu dulu, dan seterusnya menyaman orang tersebut.