Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Club VAIO

views
     
gobliners
post Dec 24 2007, 11:15 AM

Getting Started
**
Junior Member
128 posts

Joined: Dec 2006


just wanna ask..
how is sony after sale service??
gobliners
post Dec 28 2007, 07:54 PM

Getting Started
**
Junior Member
128 posts

Joined: Dec 2006


QUOTE
Setempat: Tipu guna nama kastam
Oleh Iskandar Shah Mohamed

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan menerusi SMS kini dikesan menggunakan nama Kastam Diraja Malaysia (KDRM) sebagai 'alat' untuk memperdaya mangsa dengan menawarkan komputer bimbit 'lelong' berjenama pada harga murah.

Difahamkan, mangsa yang menerima SMS itu kemudian akan dipujuk individu tertentu dipercayai 'orang tengah' untuk membeli komputer bimbit berkenaan yang kononnya dijual secara lelong oleh KDRM kepada pelanggan dengan harga dua kali ganda lebih murah berbanding harga asal.

Mereka yang bersetuju dengan tawaran berkenaan kemudian diarah memasuki wang tunai melalui akaun bank 'penipu' terbabit sebagai bayaran pendahuluan sebelum menerima dan mengambil 'barangan' berkenaan pada masa dan tempat yang ditetapkan.

Selain itu, bagi meyakinkan mangsa, individu itu turut mengarah mangsa menghubungi rakannya yang menyamar sebagai pegawai KDRM dan kononnya 'orang dalam' bagi mempermudahkan proses jual beli komputer riba terbabit.

Bagaimanapun, selepas tiba pada tarikh yang dijanjikan, individu berkenaan menghilangkan diri.

Perkara itu didedahkan seorang mangsa dikenali sebagai Asrul berusia lingkungan 30-an, yang mendakwa mengalami kerugian hampir RM3,000 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan berkenaan, baru-baru ini.

"Pada minggu lalu, saya terkejut apabila individu tidak dikenali secara tiba-tiba menawarkan barangan yang 'dilelong' KDRM.

"Saya yang berminat dengan tawaran jualan komputer riba berjenama itu kemudian bersetuju untuk membeli dan sedia membayar harga yang ditetapkan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, dia kemudian tanpa berfikir panjang memasukkan wang tunai ke akaun individu berkenaan selepas diarah berbuat demikian.

"Bagaimanapun, selepas menunggu beberapa minggu, saya menghubungi pihak terbabit dan mereka memberi alasan tidak mempunyai stok serta tidak mendapat kelulusan KDRM.

"Selepas mendapat wang yang diingini, individu berkenaan kemudian gagal dihubungi dan terus menghilangkan diri," katanya.

Asrul berkata, selepas menyedari dirinya tertipu, dia kemudian membuat laporan polis di balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Perkara itu turut diakui Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) yang sudah menerima 23 aduan berkaitan penipuan sama sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Presidennya, Datuk Dr Jacob George berkata, pihaknya menerima laporan mengenai sindiket berkenaan dan menyifatkan pihak bertanggungjawab itu menggunakan taktik sama untuk memperdaya mangsa melalui penjualan barang 'lelong' KDRM terutama alat elektronik termasuk kereta dan rokok.

Berikutan itu, katanya pengguna dinasihatkan tidak terpengaruh dengan SMS 'palsu' berkenaan dan perlu membuat pemeriksaan terlebih dulu sebelum memberikan wang tunai kepada individu tidak dikenali.



may b this is en jas..hahahaha

Topic ClosedOptions
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0377sec    0.67    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 15th December 2025 - 08:17 PM