Hi...my english is teribble so I write in Bahasa Malaysia.
Suka saya nyatakan disini jangan memburukkan mana-mana pengeluar Laptop seperti Dell, Hp atau sebagainya. Masing-masing ada kelebihan serta kekurangan.
Saya adalah pengguna Laptop sejak 8 tahun kebelankangan ini dan hampir 5 buah jenama laptop saya gunakan dan semuanya saya dapati memuaskan termasuk servis penjualan, servis pelangan dan pembaikan.
Jenama yang saya gunakan ada jenama Toshiba T1910 yang pada masa itu masih mengunakan monocrom screen, seterusnya sampai kejenama lain seperti HP, Acer, Asus dan terakhir sekali Dell inspiron 6400.
Dalam masa penggunaan kesemua jenama berkenaan banyak berlaku kepincangan disana sini tetapi kesemuanya diperbaiki oleh pengeluar berkenaan dengan satu sen pon saya tiddak mengeluarkan belanja selagi masih didalam Warranty.
Yang terakhir sekali, baru-baru ini kerosakan berlaku pada laptop Dell inspiron saya akibat dari kecuaian sendiri dimana saya terus menalipon kepada Dell service center (staff service center, Dell Encik Kelvin mengambil segala butir-butir kerosakan). Perkara pertama yang mereka perlukan adalah nombor service tag yang terdapat diatas pelekat yang terlekat dibelakang laptop itu. Kemudian mereka akan menjalan kan ujian diagnostik dengan mengarah kan kita membuat beberapa ujian bagi mengenal pasti kerosakan melalui percakapan talipon. Jika dapat dipulihkan maka tidak perlu juruteknik hadir ke premis anda tetapi jika tidak dapat mereka akan mengeluarkan satu nombor kes sebagai rujukan untuk membuat pertanyaan semula. Dalam kes saya satu nombor rujukan dikeluarkan dan selepas selang beberapa jam mereka menghubungi saya untuk membuat temujanji bagi juruteknik hadir dirumah untuk membuat pembaikan.
Ok, selepas apa yang dijanjikan, dalam masa yang ditetapkan 2 hari waktu bekerja juruteknik mereka telah datang premis saya untuk membuat pembaikan keatas kerosakan. Beberapa modul telah diganti dan ujian telah dibuat hingga saya berpuas hati barulah juruteknik itu menyuruh saya menanda tangani resit pengesahan pembaikan tanpa perlu membayar apa-apa selagi didalam warranty.
Jangka masa juruteknik itu ambil berada di premis saya adalah lebih kurang 2 jam dimana saya dapati hasil kerja mereka begitu memuaskan.
Jadi disini pada ahli diatas yang mempunyai laptop dell itu hanya perlu menalipon service center dell dan melaporkan kerosakan disamping menyediakan service tag number. Yang penting bercakap benar dan jelas dalam penerangan.
Sekian dan harap maaf kerana menulis didalam Bahasa Malaysia dan jika tidak ada yang berkaitan dengan tread ini.
[wta]problems.., not mentioned at all by seller
Jan 31 2007, 05:22 PM
Quote
0.0156sec
0.34
6 queries
GZIP Disabled