Terima kasih kerana menghubungi TM.
Merujuk kepada e-mel pihak tuan, kami ingin memaklumkan bahawa pakej promosi yang ditawarkan (dengan harga yang lebih rendah) adalah merupakan antara aktiviti Bahagian Jualan dan Pemasaran TM untuk meningkatkan jumlah pelanggan. Walaubagaimanapun, promosi tersebut tidak ditawarkan kepada umum kerana ianya bukanlah promosi yang dibuat oleh pihak TM secara terbuka kepada umum.
Terdapat juga promosi yang dijalankan tertumpu kepada kawasan yang mana kadar penembusan jalur lebarnya adalah sangat minimum dengan pendapatan isi rumah yang sangat rendah (kawasan luar bandar).
Secara umumnya, pihak tuan boleh melayari laman web kami seperti di bawah untuk mengetahui akan promosi-promosi terkini yang ditawarkan kepada para pelanggan. Namun begitu, setiap promosi yang ditawarkan mempunyai syarat dan terma yang tertentu untuk melayakkan pelanggan menikmati harga promosi terbabit.
https://www.tm.com.my/Home/Broadband/Stream...Pages/Home.aspx Pihak tuan juga boleh mengunjungi mana-mana TMpoint yang berhampiran dengan kawasan kediaman tuan untuk mengetahui akan pakej-pakej promosi yang sedang ditawarkan oleh pihak mereka (sekiranya ada dan layak).
https://www.tm.com.my/OnlineHelp/TMPoint/Pages/Kelantan.aspx Segala cadangan dan pendapat pihak tuan adalah amat kami hargai dalam usaha kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada para pelanggan yang amat kami hormati.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau maklum balas, sila e-melkan kepada kami di help@tm.com.my. Tuan/Puan juga boleh menghubungi TM di talian 100 (caj panggilan menggunakan talian mudah alih adalah tertakluk kepada terma dan syarat syarikat pembekal perkhidmatan).
Terima kasih.
Yang benar,
Their email reply. Hope CFM can do something