Assalamualaikum/Salam sejahtera, sedikit review selepas seminggu menggunakan Perodua Bezza. Sorry my review in Malay.
Model: Perodua Bezza 1.3 Advance Auto
(P/s: Review ni hanyalah review seorang pengguna, bukan dibayar oleh mana-mana pihak. Tujuan review ini adalah untuk tujuan sharing supaya pengguna atau bakal pembeli boleh memilih kereta yang terbaik dengan citarasa dan penggunaan mereka.)
Untuk details berkenaan perbezaan setiap variant Bezza dan gambar interior Bezza boleh merujuk kepada pautan <a href='http://<link removed>/2016/07/16/perodua-bezza-variant-by-variant-equipment-list' target='_blank'>http://<link removed>/2016/07/16/perodua-bezz...-equipment-list</a>
RUANG DALAM
1. Design bahagian interior bezza berkonsepkan minimalis dan simple, pendapat peribadi saya, saya lebih berkenan dengan hiasan dalaman Myvi terutaman dari segi kedudukan gear dan meter. Myvi lebih cantik dan mempersonakan berbanding Bezza tapi ini hanyalah pendapat peribadi.
2. Untuk paparan meter, kita boleh menekan butang pada meter untuk mengubah info yang terpapar pada meter, seperti, purata penggunaan minyak (AVG), jarak, masa idle stop, trip distance dan jangkaan jarak yang boleh dicapai dengan minyak yang ada (Range).
3. Eco indicator (logo berbentuk daun) akan terpapar sekiranya cara pemanduan kita menjimatkan minyak. Sekiranya kita memecut, indicator eco akan malap menandakan cara pemanduan kita tidak fuel efficient. Jadi indicator ini secara tak langsung membantu menjimatkan penggunaan minyak.
4. Seat depan agak selesa, dengan seat pemandu boleh laras ketinggian. Tetapi stereng untuk Bezza tidak boleh laras (fixed)
5. Seat belakang agak menegak, namun anggapan sesetengah pihak yang mengatakan tidak selesa seperti papan boleh dikatakan agak melampau kerana kusyen bezza boleh dikatakan agak selesa. Dari segi keselesaan, untuk perjalanan jauh, Dari Kota Bharu ke Seri Iskandar, 2 orang dewasa dibelakang masih mengatakan masih selesa walaupun kedudukan seat yang agak menegak berbanding kereta lain.
6. Aircond atau penghawa dingin berfungsi dengan baik dan boleh dikategorikan sebagai sejuk. Perjalanan yang memakan masa 5 jam setengah ( 0800 – 1330), kami hanya menggunakan kelajuan kipas (fan speed) 1 – 2 dari 4 dan tahap kesejukan ditengah.
PERFORMANCE:
1. Dari segi performance, saya membandingkan dengan Honda Civic 1998 kepunyaan keluarga saya, dari segi acceleration sememangnya enjin VTEC 1.6 honda lebih berkuasa.
2. Daya pecutan Bezza agak lembap, (20 – 70 km/h) seperti ada sedikit delay, apabila ingin overtake kenderaan lain, saya sarankan shift kepada gear 3, dengan itu pecutan akan lebih cepat.
3. Apabila dah mencapai kelajuan 80 km/h, untuk capai kepada 110 – 120 km/h akan rasa lebih mudah, hnya perlu tekan sedikit paddle minyak. Apabila Bezza dinaiki dengan 4 orang beserta luggage, terasa kereta lebih stable, tidak rasa seperti melayang berbanding berseorangan.
4. Pada, 100 km/hr RPM – 2500 ke 2600. Dan pada 110 – 120 km/hr – RPM 2600 – 2800.
5. Eco idle, enjin kereta akan dalam keadaan ‘idle’ apabila kita berhenti dan menekan brek dan kedudukan gear pada D, enjin akan dihidupkan apabila brek dilepaskan atau suhu dalam kabin meningkat. Semasa enjin dalam keadaan idle, hanya blower aircond sahaja yang berfungsi, compressor akan ditutup. Kadang2 kita tidak akan perasan bila enjin memasuki dalam keadaan idle, kerana enjin dimatikan dalam keadaan senyap. Bila tengok meter, RPM dah turun kepada 0. Jangka masa untuk enjin hidup kembali dari idle adalah lebih kurang 0.5 – 1.0 saat.
6. Untuk penukaran gear. Semasa memandu, walaupun kurang sedikit pickup, tapi penukaran gear smooth.
FUEL CONSUMPTION (FC)
1. Perjalanan dari Kota Bharu ke Seri Iskandar, Perak. Jarak lebih kurang 390 km. Muatan 4 orang + luggage (Total weight dalam 400 – 450 kg). Average fuel consumption untuk trip ni adalah 19.9 km/L. Total Penggunaan minyak (20 Liter). Jadi kos minyak lebih kurang RM35. Berbanding civic lama saya, penggunaan minyak untuk trip ke Kota Bharu ke Seri Iskandar lebih kurang rm55. Kelajuan 70 – 110 km/hr. Semasa mendaki di jalan Jeli – Gerik speed dalam 60-90 km/hr. Di jalan Gerik – Kuala Kangsar 90-120 km/hr. Boleh pergi laju lagi.
2. Perjalanan Seri Iskandar – Ipoh (60% jalan lurus, 40% jalan bandar) AVG dapat 16-17 km/L. Dari full bar hanya kurang satu bar untuk perjalanan pergi dan balik total 78 km dengan satu penumpang.
3. Setakat ni penggunaan minyak untuk long distance amat memuaskan.
Syafiq
Feel free to share.
nice review and good sharing bohhh...terima kasih byk.