https://www.facebook.com/husein.matomar/pos...150896818281666Assalamualaikum w.b.t...dan salam sejahtera buat semua sahabat dan rakan2 fb....
Terlebih dahulu saya nak ucapkan terimakasih yg tidak terhingga buat semua yg sudi share maklumat dari wall saya...juga buat semua komen samada positif dan negatif...
Kereta axia sebenarnya adalah sebuah kereta yg sangat baik..tahan lasak..selesa dan paling penting menjimatkan minyak..harganya juga amat kompetetif dan mampu dogunakan oleh rakyat yg kurang berkemampuan seperti saya..syabas Perodua yg dapat mengeluarkan axia. Cuma mereka perlu ambil tindakan segera dalam menyiasat serta mengambil langkah utk perbaiki kelemahan sepertimana kes yg saya dan ramai lagi pemandu axia alami iaitu steering lock..brek dan airbag tak berfungsi...selainya semuanya ok..bayangkanlah baru setahun setengah pakai mileage dah mencecah 73k..
Di sini saya ingin tegaskan yg tujuan saya memviralkan masalah kereta axia bukanlah untuk memperlekeh atau memburukkan kereta nasional mahu pun Perodua(P2)..kalau nak viral saya dah viralkan pada awal jun yg lalu...tapi saya juga perlu adil dan berikan peluang untuk P2 menyiasat dan berikan laporan dari pihak mereka...setelah mendapat dan meneliti laporan mereka barulah saya viralkan...
Tujuannya? Baik..dalam laporan mereka..nampak menjurus kearah mencari alasan yg boleh dijadikan sebab untuk salahkan pengguna..bukan menyiasat bagaimana steering boleh lock..brek dan airbag tak berfungsi...
Ok...sebagai pengguna pula..saya harus membuktikan dakwaan saya secara teknikal bagaimana ia boleh berlaku...jadi sebagai orang biasa...bolehkah kita buktikan? Secara jujur bagaimana boleh kita buktikan dan memang payah...kita perlukan pakar untuk buktikan...mampukah kita? Tapi kes ini benar2 terjadi dan saya juga tahu P2 juga sedar masalah ini tetapi mereka tak mahu mengakui disebabkan takut nanti semua axia eksiden akan claim steering lock.
Justeru tujuan sebenar saya viralkan adakah untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang bahaya dan betapa ianya perlu dipandang serius sebelum lebih banyak nyawa melayang..
Kepada Menteri Pengangkutan...Pengarah Jpj... MIROS....dan lain2 agensi yg berkaitan..ambillah langkah pro aktif sebelum lebih banyak nyawa yg melayang. Dan mungkin ada kejadian kemalangan yg membabitkan kehilangan nyawa disebabkan masalah ini...yelah siapa tahu..mereka mati dan tak boleh nak ceritakan pada sesiapa...silap2 dituduh memandu laju....mabuk ketum .tertidur dan sebagainya..
Kalau sebiji kapalterbang jatuh dan libatkan kehilangan 2-3 ratus nyawa Pak Menteri boleh bagi kenyataan berhari2 malah menjangkau bulan. .takkan keselamatan pilot darat yg jumlahnya ratusan ribu tak penting kot...atau kena tunggu lebih banyak nyawa melayang baru nak bertindak...entahlah..Inilah Malaysia ku...