QUOTE(c97wira4g15 @ Nov 7 2009, 11:12 PM)
terima kasih atas info tersebut. Ada soalan lagi. Ada tak cara sama ada melalui pengalaman ke....SWR meter tak ada, so macam mana nak tahu SWR kita lari atau tidak. Sebab saya pernah transmit kat jalopy, dalam 5 watt. Handy tu sampai jejak 50 darjah celcius (aircond kereta tak on masa tu) Adakah itu normal?
Mana2 rakan yang ada info tentang swr ni...marilah kita berkongsi pengalaman. Saya budak baru belajar...
hmmm...rasanya susah untuk tahu tanpa menggunakan SWR meter.Tapi jika rig/handy terlampau panas rasanya itu tidak normal.Bagi menyedapkan hati, elokkan dapatkan SWR meter untuk mendapatkan bacaan SWR.Ini penting,jika dah pasang rig nanti,dari masa ke masa pun perlu disemak bacaan SWRnya.Mana tahu, coxial kabel putus ke, bila rasa tak berapa sedap hati, check SWR,tinggi ke rendah.Ada reflected power ke atau tak....
Jika belum mempunyai SWR meter,carilah rakan radio yang ada SWR/Power meter,minta tolong dia dapatkan bacaan SWR dan Power. Dengan pengalaman saya yang cetek ini,tak pernah lagi rakan radio yang saya kenali (biar 1 hari atau tahun) menghampakan permintaan saya.Malah semuanya berbesar hati untuk menolong..
ataupun saya terlepas apa-apa lagi maklumat, any comment?
73 de rut