Bagi pengamal sukan bina badan wanita, Nana Al Haleq, 29, sikap kurang yakin terhadap tubuh badannya suatu ketika dahulu merupakan faktor pendorong dirinya menceburi aktiviti itu bermula sejak tiga tahun lalu.
“Saya suka lakukan aktiviti luar seperti ‘rock climbing’ tetapi masih kurang yakin dengan bentuk badan sendiri sehinggalah saya mula mencari jurulatih peribadi dan aktif ke gym.
“Setelah itu, perubahan bentuk badan mulai kelihatan membuatkan saya berkongsinya di laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter sehingga mempunyai ramai pengikut,” kata graduan dalam bidang Psikologi dan Komunikasi itu.
Jelasnya, minatnya yang semakin mendalam terhadap sukan bina badan juga turut mendapat sokongan suaminya.
“Saya berhenti kerja selepas dua bulan mendirikan rumah tangga, saya menjadi lebih fokus dalam bidang ini atas sokongan suami sendiri,” katanya ketika ditemui The Rakyat Post.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2016/01/10/wanita-sado-komited-jaga-badan/#ixzz3wneM2el1
Bagi Linora Low, 31, memiliki tubuh badan yang sasa mewujudkan tanggapan di kalangan rakannya sebagai kasar dan pernah dipanggil ‘bro’ (abang), namun dia masih dilayan seperti wanita.
DJ Radio Mix FM itu juga pernah digelar ‘bebola’ kerana mempunyai bentuk badan yang gempal suatu ketika dulu.
Katanya, pengambilan protein sebagai makanan tambahan adalah penting bagi mendapatkan tubuh badan yang sasa.
“Kadang-kadang mereka selalu gelarkan diri saya ‘bro’ tetapi dari segi layanan mereka masih melayani saya seperti wanita.
“Hakikatnya, saya tidak kisah dan suka dilihat sebagai wanita ‘sado’ walaupun saya kecil orangnya.
“Protein adalah makanan tambahan ketika badan tidak mempunyai nutrisi yang cukup, memandangkan cara hidup yang terlalu sibuk saya memerlukan makanan yang cukup untuk membina otot dan keperluan badan seharian,” katanya kepada The Rakyat Post.
Sementara itu, bagi Hanisah Sharil, 23, berpandangan tidak dinafikan sukan bina badan dikaitkan dengan masalah kesuburan wanita.
Jelasnya, persepsi masyarakat masih lagi skeptikal terhadap penyertaan wanita dalam sukan bina badan.
“Bersenam perlu mengikut kemampuan sendiri dan nasihat jurulatih profesional untuk mendapatkan panduan kecergasan.
“Masyarakat akan samakan wanita ke gym dengan lelaki sado dan sudah pasti mendapat pandangan serong,” katanya.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2016/01/10/wanita-sado-komited-jaga-badan/#ixzz3wnejNq6V
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2016/01/10/wanita-sado-komited-jaga-badan/#ixzz3wneUw2u6



Jan 10 2016, 09:19 AM, updated 10y ago
Quote


0.0154sec
0.90
5 queries
GZIP Disabled