MCMC has replied:
"Kami merujuk kepada aduan anda mengenai Perubahan Pakej Celcom First Blue 38.
Pihak CFM telah menjalankan penilaian dan perbincangan lanjut terhadap aduan ini bersama-sama maklumbalas daripada pihak Celcom.
Pihak CFM telah difahamkan bahawa berdasarkan maklumbalas oleh pihak Celcom bertarikh 28/08/2018 - 11:34 AM, menyatakan bahawa pakej tersebut telah dinaik taraf kepada pakej baru seperti yang telah ditawarkan.
Kami juga dimaklumkan oleh Celcom bahawa pada 10 Ogos 2018, perkara ini telah dihebahkan kepada pelanggan mereka melalui SMS dan beberapa medium yang lain seperti laman sesawang Celcom.
Didalam pemerhatian pihak CFM, Celcom telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan pelanggan mereka dimaklumkan sebelum sebarang perubahan. Celcom juga menyediakan pautan untuk penjelasan lanjut mengenai butiran pakej baru serta pilihan yang tersedia untuk pengguna memilih.
Kami memahami keadaan anda terhadap perkara ini. Oleh itu, kami telah mengadakan perbincangan lanjut dan membuat cadangan kepada Celcom untuk pertimbangan mereka. Celcom telah bersetuju untuk memberikan rebat RM10 selama tiga (3) bulan sebagai tanda sokongan positif yang berterusan. Walau bagaimanapun, kami mengakui kebimbangan anda dan akan membawa perkara ini untuk perbincangan lanjut bersama pihak berkepentingan kami.
CFM diberi kuasa melalui Kod Amalan Pengguna Am untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (GCC) yang hanya menyediakan peraturan dan garis panduan yang harus dipatuhi oleh penyedia perkhidmatan apabila berurusan dengan pelanggan mereka.
CFM berpendapat bahawa Celcom telah melakukan usaha terbaik untuk menangani aduan anda. Keputusan yang dibuat oleh Celcom adalah keputusan komersial. Harap maklum, dengan merujuk kepada aduan anda, CFM tidak berkuasa dan tidak diberi kuasa untuk mengarahkan atau mengganggu strategi perdagangan penyedia perkhidmatan. Tiada peruntukan dalam GCC atau CMA (1998) yang membolehkan CFM melakukannya.
Tambahan lagi, CFM telah melakukan yang terbaik dalam had bidang kuasa kami dan pada masa ini, kami tidak dapat meneruskan pertikaian ini kerana Celcom tidak melanggar GCC.
Kami ingin mengucapkan terima kasih atas pertimbangan dan pemahaman anda dalam perkara ini."
I guess this is the conclusion of my complaint. I will still continue with First 38 package more for the cellular coverage. Celcom customer service sucks but IMHO First 38 package has a slight edge compared to similar package by other telcos. It is better the devil you know than the devil you don't. Thanks everyone it has been a fun ride though
This post has been edited by fookinell: Dec 7 2018, 07:13 AM