Tuan/Puan,
Terima kasih kerana mengirim e-mel kepada pihak kami. Kami memohon maaf di atas kelewatan membalas e-mel ini.
Merujuk kepada perkara di atas, kami memahami masalah yang anda hadapi di dalam menakses sebarang aktiviti P2P. Kepadatan trafik daripada aktiviti P2P sebenarnya akan menyesakkan lagi talian internet di mana 20% pengguna sebenarnya menggunakan 80% daripada jumlah keseluruhan "bandwidth" pengguna yang lain.
Memandangkan jumlah pengguna jalur lebar adalah semakin meningkat, lebih ramai pengguna dijangkakan akan menggunakan perisian P2P seperti Kazaa dan juga Bit Torrent untuk membuat transaksi fail/data secara "online".
Pada kebiasaannya, perisian/aktiviti ini akan dibiarkan berjalan sepanjang hari bagi tujuan muat turun data/fail dan berikutan dengan itu, lebih banyak "bandwidth" diperlukan berbanding dengan pengguna yang hanya menggunakan internet bagi tujuan "surfing" mahupun "chatting". Negara-negara maju sekalipun yang mana mempunyai kadar penembusan jalur lebar yang tinggi akan menghadapi masalah yang sama disebabkan pengguna jalur lebar mempunyai keupayaan untuk menyalahgunakan "bandwidth".
Adalah dimaklumkan bahawa kami bukan tidak memihak kepada pengguna-pengguna yang menggunakan P2P tetapi ia merupakan suatu situasi yang tidak adil bagi kepentingan pihak minoriti memandangkan kami tidak dapat menaiktaraf infrastuktur bagi tujuan tersebut. Disebabkan itu, kami telah mengambil jalan untuk menghadkan penguasaan terhadap aplikasi berkenaan. Objektif utama pengawalan penguasaan pada sesetengah link adalah untuk mengurangkan kapasiti kepadatan dan pada masa yang sama membolehkan manstabilkan kualiti perkhidmatan untuk semua pengguna.
Pengawalan ini dilihat seperti suatu keperluan memandangkan sifat P2P yang mana menggunakan setiap bandwidth yang ada dan sekiranya dibiarkan tanpa kawalan, ianya akan menyesakkan talian dengan lebih teruk dan akan menyebabkan gangguan pada aplikasi/talian yang lain pula. Malangnya, mekanisma pengawalan ini tidak boleh membezakan jenis talian/aplikasi dan ianya akan mengawal segala-galanya termasuk aktiviti e-mel, ftp, "web browsing" mahupun "video streaming".
TM Net telah membuang penyekatan terhadap aktiviti "upload" bagi semua link, tetapi kami masih mengekalkan pengawalan untuk aktiviti "download". Pengawalan ini akan dibuang sejurus selepas kami dapat menambah kapasiti "bandwidth" untuk talian antarabangsa yang dijangkakan sedia beroperasi pada penghujung tahun ini.
Kami berharap penjelasan yang diberikan dapat menghuraikan segala pertanyaan anda. Bagi pihak TM Net, kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul. Kami akan sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan kami.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklum balas, sila layari laman web www.tm.net.my dan klik "Need Help? Contact our Customer Service".
Kami berharap agar sentiasa dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Yang benar,
Narati Samuri
Customer Care Support,
TM Net Sdn. Bhd.
www.tm.net.my
(ICOMS#2857612-246085)
How to bypass TMNet torrent shaping / throttling?, NEWBIE - Read 1st Post
Oct 11 2006, 10:13 PM
Quote
0.0187sec
0.33
7 queries
GZIP Disabled