http://www.utusan.com.my/berita/nasional/p...ntungan-1.26104Tuan Beruang Sila Baca & Harap Maklum (Tiada usaha dibuat untuk menurunkan harge rumah)
PUTRAJAYA 17 Nov. - p emaju perumahan diingatkan supaya tidak terlalu mengejar keuntungan berlebihan dengan mengambil kesempatan menaikkan harga rumah sehingga melambung tinggi.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, sekiranya pemaju perumahan secara berterusan menaikkan harga rumah secara tidak munasabah, keadaan itu akan menyebabkan berlaku fenomena 'housing bubble' pada masa hadapan.
Katanya, fenomena itu berlaku apabila pasaran tidak mampu lagi menerima kenaikan secara melampau sehingga harga rumah jatuh mendadak.
“Jika berlaku, harga rumah yang sangat tinggi akan turun secara mendadak sehingga sukar untuk naik semula dan ketika itu bukan sahaja pemaju perumahan rugi, malah kerajaan serta rakyat turut terjejas.
“Kita bukan minta supaya harga rumah diturunkan terus tetapi dinaikkan secara mampan dan dapat diterima oleh semua pihak,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Selain itu, menurut Abdul Rahman,
faktor penjualan harga tanah yang tinggi, harga bekalan bahan binaan yang mahal dan kos pemasangan utiliti oleh syarikat air, elektrik dan komunikasi juga penyumbang kepada kenaikan harga rumah.Beliau berkata,
faktor sampingan itu menyebabkan harga tersebut diserap ke dalam harga rumah dan perlu ditanggung oleh pembeli.
“Di luar negara apabila sesebuah projek perumahan baharu dibina, syarikat telekomunikasi, air dan sebagainya akan berlumba-lumba memasang fiber optik serta paip air kerana berpendapat mereka ini pelanggan di masa hadapan yang perlu dijaga tetapi di negara ini.
“Situasinya berlainan kerana kita yang perlu membayar untuk sambungan terbabit sehingga ada seunit rumah dicaj sebanyak RM3,000 hingga RM4,000 untuk pemasangan,” katanya.Dalam pada itu, mengulas kenyataannya baru-baru ini bahawa
kerajaan tiada kuasa untuk mengawal harga rumah yang ditentukan pasaran, jelasnya,
kerajaan hanya mengawal rumah kos rendah dan sederhana rendah manakala
rumah kos sederhana tinggi serta tinggi ditentukan oleh pasaran.Beliau berkata, langkah membiarkan pasaran menentukan harga tersebut adalah bagi memastikan perkembangan ekonomi negara terus rancak serta industri perumahan tidak terjejas.“Keputusan ini dibuat kerana industri perumahan turut membabitkan sektor pekerjaan, antaranya penyedia bahan binaan, arkitek, kejuruteraan dan lain-lain yang kerajaan juga perlu melihat golongan tersebut.“Namun begitu, bagi tujuan mengawal harga rumah, kerajaan juga melakukan beberapa instrumen lain seperti mengenakan cukai keuntungan harta tanah yang tinggi dan mengehadkan pinjaman pembelian untuk rumah kedua, ketiga dan seterusnya,” katanya.