
"Kita tak perlukan persetujuan orang bukan Islam untuk melaksana hukum hudud, lagi pula undang-undang ini tidak membabitkan mereka," kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Beliau berkata demikian dalam Sidang Dewan Undangan Negeri di Kota Darulnaim, di sini, semalam ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasanya.
Menurutnya, beliau yakin Enakmen Kanun Jenayah Syariah II atau hukum hudud akan dapat dilaksanakan di Kelantan seperti dirancang meskipun ditentang pihak lain dalam pakatan pembangkang.
"Orang bukan Islam dia tak perlu pun nak kisah atau halang kerana undang-undang ini tidak ada kena mengena dengan mereka. Dia tak setuju pun tak timbul atau jejas apa sebab kita tak perlu pun persetujuan mereka," katanya.
Ditemui di luar dewan, Mohd Nassuruddin berkata, enakmen berkenaan dijangka dibentang dan dibahaskan di Parlimen tahun depan sebelum diwartakan sebagai undang-undang.
Katanya, ketika ini proses mengemas kini enakmen itu berjalan baik dan perbincangan peringkat jawatankuasa teknikal kebangsaan juga berlangsung dua kali di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
"Insya-Allah pada 2015, kita akan dapat merealisasikan hudud. Kerajaan negeri akan pastikan semuanya berjalan dengan baik.
"Hudud hanya kena pada orang Islam yang melakukan kesalahan, jadi tak timbul persoalan orang bukan Islam tidak bersetuju dengan undang-undang ini," katanya.
http://www.hmetro.com.my/node/2186
This post has been edited by Rexalia: Oct 16 2014, 11:17 AM
Oct 16 2014, 11:03 AM, updated 12y ago
Quote



0.0348sec
0.75
5 queries
GZIP Disabled