QUOTE(abu.shofwan @ Jul 26 2017, 04:47 PM)
Perkongsian yang baik saudara.Di sini saya share kan pula status daripada saudara saya, seorang ustaz, tentang pendapat dia berkenaan isu wahhabi ini.
"MEMBETULKAN sedikit kekeliruan ttg isu Pseudo Salafi/Wahabi.
*Tulisan ini khas bagi yg terkeliru dgn beberapa fakta berkenaan dgn fahaman wahabi/salafi sahaja, sbb saya rasa sebahagian dr kita mgkin sudah ada yg sedia maklum terhadap apa yg akan saya sebutkan.
Ada sebahagian dari kita masih samar2 terhadap fahaman Pseudo Salafi ini serta sejarah bermulanya fahaman yg bermasalah ini. Ada yg menganggap ianya bermula di zaman Muhammad bin Abdul Wahab, ada jg yg menganggap ianya adalah cetusan dari pihak British utk mewujudkan perpecahan bagi memastikan kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah terlaksana, ada jg yg terikut dgn rentak & gelaran aliran yg diberi iaitu ‘kaum muda’ & ‘kaum tua’ yg tidak ada apa2nya, tak kurang jg yang mengatakan fahaman ini satu ‘tajdid’ (pembaharuan) murni pada usaha2 menegakkan tauhid, dan banyak lagi anggapan yang pada nilaian saya semuanya tidak tepat sepenuhnya. Hingga dari kekeliruan yg wujud itu maka lahir pelbagai andaian & tindakan yg tidak tepat seperti tidak mengambil berat pd isu fahaman yg rosak ini, bermudah2 pd isu2 yg berlegar ttg akidah, serta secara tidak langsung membiarkan fahaman ini terus merobek & merosakkan kesatuan umat.
Ketahuilah bahawa sejarah fahaman Pseudo Salafi ini adalah kelangsungan dari pecahan madrasah ahlil hadith yg dipelopori oleh al imam Ahmad ibn Hanbal sejak kurun ke 3 hijrah lagi, ketika usaha2 Aswj menentang aliran Muktazilah di zaman Khilafah Abbasiah. Setelah perdebatan demi perdebatan akhirnya Muktazilah berjaya ditundukkan. Namun ketika itu fahaman ini belum terzahir secara jelas kerana ketokohan & keilmuan imam ahli Sunnah al imam Ahmad ibn Hanbal serta kehaibahan aliran Asya’iroh yg hebat dalam membenam terus aliran Muktazilah yg jelas terpesong dari fahaman Aswj. Hinggalah pada kurun selepasnya iaitu pd kurun ke 4 hijrah, akhirnya serpihan dari pemikiran ahlil Hadith ini telah mula menzahirkan diri, dgn mendakwa pula pendapat2 mereka adalah dinisbahkan kpd imam Ahmad. Sedangkan segala pandangan mereka itu adalah jelas jauh melencong dari fahaman imam Ahmad itu sendiri.
Di waktu itu mereka mula mngobar-ngobarkan beberapa pendapat mereka yg menyalahi manhaj serta pendapat2 para aimmah sebelumnya. Seperti meng’ithbat’kan beberapa sifat Allah SWT, memahami nusus2 dgn secara zahirnya, konsep tafwid yg salah difahami, dan banyak lg. Segala yg dibangkitkan itu byk menyalahi jumhur mazhab malah menyalahi jg mazhab yg mereka berpaut itu sendiri yakni mazhab Hanbali. Kerana itu jgn terkejut apabila kita sering mendengar perkataan para ulama yg menyebut istilah ‘kecuali sebahagian al Hanabilah’ (yakni ditujukan kpd pengikut2 Hanabilah yg mujassimah). Mereka ini zahirnya seakan2 dari kelompok mazhab Hanbali, akan tetapi sebaliknya merekalah yg banyak menyalahi pendapat2 mazhab Hanbali. Malah jika hendak dikira lebih dari 100 permasalahan terdapat khilaf2 antara mereka dgn mazhab Hanbali.
Namun kemunculan mereka itu seakan2 tidak mempengaruhi & tidak memberi kesan apa2, malah fahaman mereka yg merosot, ditolak oleh umat & pemerintah, kerana bersatunya para fuqoha muslimin bersama ahli hadith yg lain menyebelahi mazhab Hanbali & aliran Ash’ari. Lalu kekallah aliran Ash’ari sebagai tonggak utama penerus legasi fahaman salaf & pembela akidah Aswj yg sebenar. Dengan itu lenyaplah seketika fahaman Pseudo Salafi ini, yakni bertahan sekadar 1 @ 2 generasi shj lalu terus tenggelam.
Pada saya, bibit2 kemunculan fahaman ini bermula lebih awal sbelum kurun ke 4 lagi, iaitu pada zaman sahabat lagi ketikamana mulanya fitnah Khawarij di zaman sidna Uthman bin Affan. Kerana jika direnung dalam2 cara fikir & fikrah Khawarij ini, adalah tak ubah seperti cara berfikirnya golongan Pseudo Salafi, cumanya golongan Khawarij ini tidaklah mendakwa mereka itu Salafi kerana mereka sedang hidup di zaman golongan salaf. Walau mereka itu hidup di zaman para salaf, tetapi manhaj mereka bukanlah manhaj salaf malah tidak layak langsung utk dinisbahkan manhaj mereka itu adalah manhaj para salaf. Kewujudan serta pengaruh mereka jg tidak lama, selepas 2 @ 3 generasi shj kekuatan mereka terus dilumpuhkan oleh Hajjaj ibn Yusof as Thaqofi di era pemerintahan khilafah Umawiyyah. Kenapa pula saya cuba mengaitkan fahaman Khawarij dgn Pseudo Salafi? Bukankah mereka agak berlainan? Sebagai contoh mudah supaya huraian tidak meleret panjang, renunglah sendiri bagaimana gerakan ISIS skrg ini iaitu gerakan yg layak digelar sebagai Khawarij zaman ini, bahawa ianya mempunyai pertalian fikrah dan usul akidah yg sgt jelas diambil atau bersamaan dgn usul2 kefahaman aliran Pseudo Salafi/wahabi ini.
Masa terus berlalu, kurun demi kurun hinggalah pada kurun ke 7 munculnya seorang yg mahsyur dikenali dgn nama ibn Taymiyyah, yang mana beliau boleh jg digelar sebagai pencetus gelombang ke 2 kepada fahaman ini setelah terkubur seketika. Kebetulan ketika itu musibah sedang melanda umat Islam, hingga ibu kota khilafah Abbasiyah jg telah tumbang di tangan tentera Tartar pd thn 656 hijrah. Yang akhirnya menjadi pemangkin jg kepada kembalinya fikrah salafi ini, melalui usaha2 & kepentingan pada sisi siasah (politik), serta pada masa yg sama menggunakan hujah yg sama seperti apa yg dihujahkan pd zaman ini, iaitu seruan utk menghidupkan kembali aqidah & manhaj salaf demi memastikan kebangkitan mereka berjaya & diterima oleh umat. Namun sunnatullah itu tetap ia berlaku sebagaimana ianya telah ditetapkan. Yakni kebenaran itu tetap akan kekal dijulang. AsSawad al A’zam (Aswj dari Asyairoh & Maturidiyah) tidak akan dapat dilenyapkan dari dunia Islam kerana Allah pasti memelihara kebenaran sehingga hari penghabisan. Sebaliknya fikrah Salafi ini pula menjadi lenyap buat kali ke 2 di telan zaman. Yakni seperti biasa hanya kekal ia pada 2 @ 3 generasi sahaja lalu terus tenggelam ia seperti tenggelam ia sebelum-sebelumnya.
Kemudian masa terus berlalu, agak lama fitnah mereka terkubur pd kali ini. Hinggalah pada kurun ke 18 masihi muncullah seorang yg bernama Muhammad bin Abdul Wahab, sebagai pencetus fikrah salafi ini buat kali ke 3 di bumi ini. Beliau membawa dakyah yg sama seperti tokoh2 Pseudo Salafi sebelumnya, kebetulan ketika itu adalah masa2 kelemahan & kemerosotan di akhir2 pemerintahan khilafah Uthmaniyyah, serta bermulanya jg pengaruh penjajahan barat ke dunia Islam, iaitu secara tak langsung telah membuatkan fahaman ini kembali kuat, malah mula merebak pula ke kebanyakkan negara2 Islam di timur & barat. Ketahuilah bahawa umat Islam tak pernah ditimpa fitnah pemikiran ini kecuali hanyalah pada ketika2 kerajaan Islam yg sedang lemah serta umat jg dlm byk kelalaian & kejahilan.
Pada ketika inilah istilah Wahabi mula digunakan ke atas pengikut2 fahaman Pseudo Salafi, iaitu dinisbahkan kpd Muhaammad bin Abd Wahab pencetus ke 3 fahaman ini. Akan tetapi ramai dari pengikutnya agak malu-malu kucing utk menerima gelaran wahabi tersebut, itu yg agak menjadi kehairanan saya. Fitnah ini sedang berterusan hingga kini, tak perlu lagi saya sentuh panjang2 apa yg dibawa oleh mereka kerana rata2 dari kita sudah mengetahuinya.
Cuma apa yg lebih penting utk saya sentuh, adalah kepentingan kesedaran kita kepada aliran pemikiran serta fahaman yg mereka bawa ini. Ketahuilah bahawa ia adalah ibarat kanser yg sedang membarah menyakiti agama kita yg mesti diubati sebaiknya. Ketahuilah juga bahawa ia adalah merupakan satu ujian & fitnah ke atas umat Islam sejak bermula sejarah mereka seperti yg telah saya kupas secara ringkas pada awal tulisan sehinggalah berlanjutan ke zaman ini. Kebangkitan & kewujudan mereka oleh Allah SWT adalah sebagai satu teguran kpd umat apabila bertindak menjauhi amalan agama. Dan ia juga sebagai satu muhasabah bahwa pemerintahan Islam sedang dilanda kelemahan & kemerosotan yg amat. Seterusnya ia juga adalah asbab utk Allah menyinarkan kembali fahaman Aswj yg sebenar, dan utk mengembalikan kekuatan pemerintahan Islam setelah umat mulai kembali sedar & bangkit akibat terasa diancam oleh fahaman yg jauh dari kemurnian Islam yg sebenar.
Maka jgn sekali2 kita menganggap isu Pseudo Salafi/Wahabi ini adalah satu isu remeh yg tidak penting utk ambil perhatian. Jgn sesekali hnya menganggap ianya satu isu mainan barat supaya kita sesama Islam bercakaran. Isu ini telah lama menyelusuri sejarahnya, bukanlah masih baru. Semasa kurun ke 4 hijrah barat masih di zaman gelap lagi, kenapa mereka pula yg dituju menjadi penyebabnya!. Ketahuilah bahawa ini adalah isu pemurnian akidah umat Islam, pemeliharaan fahaman Aswj, yg secara tidak langsung menjadi pemeliharaan kpd agama itu sendiri, yakni isunya sgt besar mengatasi isu politik dan negara dan lain-lain.
Pandangan peribadi saya, kewujudan fahaman ini pada zaman ini adalah kewujudan mereka yg terakhir. Skrg pun penerus fahaman ini sudah pun di generasi yg ke 3, seperti biasa mengikut sejarah2 sebelumnya fahaman mereka ini akan terhapus tak lebih dr 3 generasi. Kenapa jg saya berkata ini kewujudan mereka yg terakhir? Kerana kita sudah berada di akhir zaman, ketahuilah bahawa sikit masa lagi fahaman ini akan dilumatkan terus oleh pemegang kunci pemerintahan fasa ke 5 dunia yg akan ditegakkan atas sebenar2 fahaman iaitu atas Manhaj Nubuwwah.
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
."
Jul 26 2017, 06:06 PM

Quote
0.0267sec
0.37
7 queries
GZIP Disabled