
TANJUNG MALIM 27 Ogos - Proton Holdings Bhd. (Proton), akan memulakan ujian pengeluaran model terbaharunya dengan nama gelaran PCC di kilangnya di sini dalam masa terdekat.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairudin Datuk Yusoff berkata, ujian pengeluaran itu akan memastikan PCC berada di semua bilik pameran Proton sebelum model itu dilancarkan tidak lama lagi.
Beliau berkata, kilang Proton di Tanjung Malim merupakan kilang berkonsepkan pintar dan kini telah bersedia untuk memulakan pengeluaran pertama PCC.
Katanya, enjin untuk PCC akan dipasang di Shah Alam sebelum dihantar semula ke Tanjung Malim untuk pengeluaran sepenuhnya model tersebut.
"Kilang di Tanjung Malim ini sebenarnya mengeluarkan model Persona pada tahun 2007, model Gen 2 untuk eksport pada 2004, model Preve (2012), Suprima S (2013) dan yang terbaharu model PCC pada tahun ini,'' katanya pada sidang akhbar di majlis lawatan media ke kilang Proton di sini hari ini.
Kilang Proton di Tanjung Malim dikhususkan untuk pengeluaran model generasi baharu yang dibuka pada tahun 2004 dengan kos sebanyak RM1.8 bilion di kawasan seluas 512 hektar.
Pelaburan untuk fasa pertama membabitkan kos sebanyak RM1.52 bilion dan mampu mengeluarkan 150,000 buah kereta setahun dengan 2,442 orang pekerja.
Khairudin berkata, proses pengeluaran di kilang itu mengandungi lima bahagian iaitu enjin dan mesin transmisi, stamping, pemasangan badan kereta, mengecat, kemasan dan pemasangan akhir.
"Kilang ini menggunakan 205 robot dan berupaya mengeluarkan tiga platform kenderaan yang berbeza serta mampu mengeluarkan sembilan jenis model pada satu-satu masa,'' kata beliau.
Jelasnya, kilang di Tanjung Malim mempunyai keupayaan tinggi mengeluarkan PCC yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terbaik dalam model segmen B.
Beliau turut memberitahu keupayaan kilang itu untuk menggunakan teknologi dari Jerman iaitu teknologi pembentukan panas (HPF) untuk model-model Preve, Suprima S dan PCC.
Teknologi itu katanya, dirintis oleh Proton dan merupakan syarikat automotif yang pertama di ASEAN dan biasanya digunakan untuk kereta-kereta buatan Eropah seperti Volkswagen, BMW, Ford dan lain-lain.
HPF itu akan menguatkan kerangka dan membantu menghasilkan penjimatan minyak tanpa mengurangkan ciri-ciri keselamatannya. PCC dilengkapi dengan lapan komponen HPF.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/2...u#ixzz3BednbH7d
© Utusan Melayu (M) Bhd
--------------------
"For a simple comparison, Proton pointed out that the Volkswagen Polo, Audi A4 and BMW 5 Series use five, nine and 13 HPF parts respectively, while both the Preve and Suprima S have 12 each (the red bits below). Japanese automakers, on the other hand, have not adopted such a technique."
As for comparison Proton Preve/suprima s have 12 HPF parts. Perodua AXIA i don't know. Zero kot.
This post has been edited by ruffstuff: Aug 28 2014, 03:20 PM
Aug 28 2014, 11:40 AM, updated 12y ago
Quote

0.0215sec
0.99
6 queries
GZIP Disabled