Hi selamat pagi kepada semua ahli forum.
Dear LYG,
Saya ada beberapa soalan penting berikut yg perlu dijawab dengan jujur oleh pihak LYG.
1.kenapa jalan yg terletak di kawasan Green Valley Park terlalu terabai seperti tidak diselenggara dengan baik oleh pihak LYG.Lubang banyak.Pintu gerbang Green Valley Park pun tidak kelihatan kerana terlindung dengan pokok lanskap yg tidak dijaga dengan baik.
2.Jalan di Green Valley Park amat mengelirukan bagi mereka yg pertama kali datang kerana jalan yg sepatutnya 4 lorong 2 hala menjadi 2 lorong 2 hala perkara ini boleh menyebabkan kemalangan dan merbahaya.Berapa puluh tahun lagikah LYG nak upgrade jalan tu yang terbiar sejak 10 tahun lalu.
3.Lampu jalan ada yg tidak menyala pada waktu malam.sekali lagi membahayakan pengguna.
4.Bila webmaster LYG nak update pembinaan exit btp yg dah sebulan tertangguh ni.
5.Kenapa pihak LYG seperti hanya mencantikkan jalan,lanskap kawasan sekitar garden height sahaja dan bukan di Green Valley Park?
6.Kenapa tiada dewan komuniti untuk penduduk disediakan di BTP?
Sekian soalan2 sy hari ini.So pihak LYG silalah jawab soalan 2 berikut dengan segera.
Terima kasih, kerjasama dari pihak anda amatlah saya hargai.
Saya pun setuju dengan soalan ini, nampaknya LYG hanya memperindahkan jalan dan kawasan ditempat perumahan baru dibina sahaja manakala kawasan perumahan sedia ada seperti terbiar adakah kami penduduk sedia ada di Bandar Tasik Puteri tidak dipedulikan?