Diesel mesra alam sekitar Bintulu dipasar di Jerman
SIBU, 25 Jun - Diesel mesra alam Shell yang dikeluarkan di loji MDSnya (Sintisis Suling Pertengahan) di Bintulu, kini dipasarkan di Jerman selepas kejayaan pengenalan di Thailand pada bulan Januari 2002.
Pengarah Urusan Shell MDS Malaysia Sdn Bhd, Idris Jala berkata bahan api GTL (gas kepada cecair) membolehkannya memajukan teknologi enjin baru bagi kecekapan bahan api.
``Ia akan muncul pertama kalinya pada Sukan Olimpik tahun ini di Athens sebagai sumbangan kami kepada persekitaran yang lebih bersih untuk sukan berkenaan,'' katanya.
Idris berkata logi MDS Bintulu merupakan loji gas kepada cecair komersial pertama di dunia yang mengeluarkan produk yang bersih untuk alam sekitar.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang difakskan di sini bagi mengumumkan pemeteraian MoU dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada hari Rabu bagi membantu penyelidikan bagi kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE) serta pembangunan mapan (SD).
``MoU itu menyaksikan penyediaan bantuan kewangan oleh syarikat Shell Malaysia yang berpangkalan di Bintulu kepada membolehkan pelajar dan penyelidik UNIMAS melaksanakan projek dan tugasan berkaitan dengan HSE dan SD.''
Idris menandatangani bagi pihak Shell MDS manakala aib Canselor, Datuk Prof Yusuf Hadi mewakili UNIMAS.
Mengenai MoU berkenaan, Idris melahirkan penghargaan syarikatnya kepada UNIMAS bagi komitmen berterusannya kepada perkongsian antara industri dan ahli akademik yang bermula sejak 1995.
Sarawak Shell Bhd ketika itu menaja Kerusi Shell bagi Kajian Alam Sekitar dan kemudiannya pada tahun 2002, Shell MDS menaja projek penyelidikan mengenai menukar bio-enap cemar kepada penggalak tanah.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y...m#ixzz2lIFF8uhf © Utusan Melayu (M) Bhd