QUOTE(lambethwalk @ Dec 5 2013, 01:33 PM)
only happen at BolehLandhttp://www.sinarharian.com.my/edisi/selang...-indah-1.158452
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
Banjir najis di Taman Indah
SERENDAH - “Siapa tahan bau najis! Kalau banjir biasa tidak mengapa, ini banjir air najis yang keluar daripada lubang jamban!”
Demikian luahan penduduk Taman Indah, K Kamaladewi, 40, yang berang dengan masalah limpahan air najis yang tidak kesudahan.
Kamaladewi berkata, penduduk taman perumahan itu terpaksa berdepan masalah sama setiap kali musim tengkujuh atau hujan berpanjangan disebabkan sistem kumbahan tidak berfungsi.
Malah katanya, kejadian malam kelmarin adalah terburuk sepanjang lebih lima tahun isu kumbahan itu dibangkitkan.
“Semalam (kelmarin) hujan lebat dan dalam jam 8.30 malam, air najis dari lubang tandas melimpah hingga memasuki ruang tamu dan mengalir keluar ke jalan.
“Kalau air biasa boleh tahan lagi, ini air najis dengan bau busuk. Makan malam pun tidak lalu,” katanya, di sini.
Kamaladewi berkata, kira-kira 15 rumah terjejas akibat kejadian itu yang didakwa berpunca daripada kerosakan sistem kumbahan kerana tidak diselenggarakan pihak berwajib.
Sementara itu, N Bathmah, 40, berkata, keadaan kembali pulih kira-kira jam 11.30 malam.
“Kami tidak dapat buat apa-apa sebab jijik dengan limpahan tahi, jadi terpaksa berada di tempat tinggi sementara menunggu air surut.
“Ada juga keluarga terpaksa redah air najis untuk membuat sekatan supaya tidak melimpah lebih teruk. Tapi, kebanyakannya tidak tahan berdepan keadaan itu,” katanya.
Menurutnya, penduduk sudah beberapa kali mengadu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), malah membayar lebih RM2,500 kepada syarikat pembetungan untuk tiga kali pembersihan loji kumbahan.
Justeru katanya, penduduk berharap pengendali sistem pembetungan dapat mengambil alih pengurusan kumbahan di taman perumahan itu bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Dec 5 2013, 01:35 PM

Quote



0.0603sec
0.88
7 queries
GZIP Disabled