http://www.ultrasmalaya.net/2012/11/sila-b...rhenti.html?m=1otai ultras yang paling cool.
Sila bertenang dan berhenti bergaduhSakit hati jugak kan bila dah kena 3 - 0? Aku ingat lagi, first match AFF 2010, kita kena titik dengan Indonesia 5 - 1. Seminggu aku demam. Sekarang ni kena pulak dengan Singapura, aku dah tak berenti sakit kepala. Dari sakit hati bawak kepada sakit badan. Tapi aku tak mau cerita pasal game semalam. Aku pun sakit hati dengan coach jugak sebenarnya dan rasa dia kena letak jawatan lepas AFF ni biar menang atau kalah. Tapi benda dah lepas, dan aku pun bukannya ada lesen coaching AFC. Nak mengaku pundit, jadinya pundek.
Aku nak cerita pasal satu hobi penyokong bolasepak Malaysia ni. Lepas kalah besar ataupun kalah mengejut, mesti semua buat benda ni; bergaduh sesama sendiri dan cari salah masing-masing. Eh, aku cakap hobi ke? Maksud aku penyakit. Cuba ingat balik hujung tahun sudah, kelayakan olimpik Malaysia lawan Bahrain. Kalah 2 - 3 walaupun mula-mula leading 2 - 0. Esoknya ramai pulak yang kutuk Ultras Malaya "weh korang bingai ke apa sokong lepas dah kalah macam tu?!" "korang ni tau undang-undang bola ke idok?!" dan sebagainya. Maksud aku, kutuk dekat Facebook, pakai akaun gambar perempuan separuh bogel, nama akaun pakai kata nama am; Hati Besi, Perwira Nujum, Tiang Pasak macam tulah. Pendek kata kutuk tak ada telor. Lepas tu mula la geng ultras mengamuk, nak defend maruah yang tercalar di alam maya. Aku secara peribadi memang tak ambik port benda-benda Facebook ni. Semuanya page gila nak jadi admin sebenarnya. "LIKE KALAU X, SHARE KALAU XX. KALAU IGNORE ANDA GAY DENGAN PRESIDEN FAM HIKHIK" Ehh fakkyuu lahh.
Sekarang pun dah jadi balik lepas semalam. Mulalah orang persoalkan benda sama, dengan tambahan isu baru pulak. Kami menganjingkan lawan, sampai lawan semangat nak menang (dafuq?) Eh lepas satu, satu lah. Kami tau anda semua upset dah kalah, dan orang bila dah keciwa, selalunya mesti nak cari kambing hitam buat lepas geram. Lumrah manusia tu. Tapi cuba fikir betul-betul. Benda yang kami buat semalam, benda yang sama je kami buat match sebelum-sebelum ni. Masa tu tak ada orang kecoh sangat pun. Jadi kenapa bila dah kalah semalam, baru jadi isu? Haaa. Sabar abang abang pakcik pakcik makcik kakak semua. Tarik nafas dalam dalam. Kita nak team professional, kita penyokong pun kena pro jugak. Jangan la kalah sekali mula nak salahkan benda yang tak berkaitan. Kami pun sakit hati jugak. Tapi takkan pasal kalah sekali mula nak berpecah, bergaduh? Alahaaaiiii. Semua ke stadium, bendera yang sama, warna pun sama. Kalau benda yang kami buat ni anda tak setuju, anggap je yang skop tugas kami ni lain dengan skop kerja anda, walaupun bawah jabatan yang sama. Dan sekarang ni, kerja kita tak habis lagi ni, perasan tak? Ada dua match lagi. Percayalah, kalau kita buat kerja masing-masing push budak-budak tu sama coach, tak mustahil dua dua game tu kita boleh tapau. Yang penting, anda penyokong Malaysia lain buat kerja anda, dan jangan kacau dan persoalkan kami Ultras Malaya buat kerja kami. Kalau nak join kami, tak ada masalah.
Dan tu tak bermaksud yang kami ni pun perfect. Aku pelik, hari ni bukak Facebook, bersusun-susun dekat newsfeed member-member ultras maki coach siap buat hashtag lagi. NOPE. Terus aku log out. Demoralising betul. kita kena faham, yang menyokong team tu memang kerja kita sahaja. Tak ada orang lain dah nak buat. Maki dan marah tu kerja fans lain. Tambah-tambah time kalah. Jangan dibuat kerja orang lain. Mari fikir. Kalau kita pon join baek punya kutuk, agaknya ada lagi tak siapa-siapa yang tinggal nak sokong team dalam stadium tu? Korang nak ke jadi balik macam Malaysia lawan Mengyu 2009, satu stadium penuh merah? Lagi satu, kalau orang lain nampak korang yg mengaku ultras ni dah lose hope, apa diorang fikir? "Aiseh, mamat Ultras ni pun dah givap, buat apa aku nak sokong Malaysia lagi?" Dah tak datang stadium dah... So cukup-cukupla tu kutuk hari ni je.
Dan harap-harapnya yang mengaku ultras tu, yang dari atas sampai ke bawah pakai merch UM07 tu, tak ada yang pasang niat hilang dari stadium ye lawan Laos dengan Indonesia nanti. Buat malu mak bapak je perangai itu macam. Dan cukup-cukup la tu bertekak dengan orang kat Facebook tu nak pertahan maruah bila kena kutuk. Benda kat Facebook tu tak membuktikan apa-apa, tambah-tambah zaman tak ada ISA ni. Orang boleh tulis macam macam.
Okla. Kepala aku dah sakit lain macam. Maknanya petanda baik ni match lepas-lepas ni akan ada improvement. Untuk semua geng ultras dan fans Malaysia lain, cuba fahami ayat ni:
"SESEORANG MANUSIA HEBAT ITU TIDAK DINILAI KETIKA DIA DI ATAS SAHAJA, DIA JUGA DINILAI MELALUI KELAKUANNYA BILA DIA BERADA DIBAWAH"
Bukan Dato' Fadzilah Kamsah.
Added on November 26, 2012, 11:26 pmQUOTE(Sifha238 @ Nov 26 2012, 11:23 PM)
Kalau coach kat Malaysia ni sapa yg good (fatherly type) and sapa pulak yg jenis bad (mulut cam setan) ?

gila kau... kita kan budaya timur .. mana boleh mulut cam setan.. anjing2 sumer ni... tak boleh woo...
This post has been edited by aressandro10: Nov 26 2012, 11:26 PM