Nothing to do, so i kumpul some cool story here.
They are some pretty awesome story but lazy to go back and find. Im on page 18 in cari forum
SOS» Click to show Spoiler - click again to hide... «
Post on 24-12-2006 03:25 AM |katakpuruz
KISAH CIK PON DI PERINDU
Kisah yang aku nak ceritakan ini bukanlah pengalaman aku sendiri, tapi dari salah seorang senior aku.Senior aku ni memang budak silat.so, aku tak tahulah samada dia ni dianugerahkan TUHAN untuk melihat "mahkluk-mahkluk" tersebut...
Cerita dia macamni, ada satu malam tu dia balik lewat dari buat assignment kat kelas..masuk-masuk bilik je, semua mate dia dah berdengkur.Jadi, lepas dah settle apa yang patut, dia pun masuk tidur.Mungkin disebabkan terlalu penat, pagi tu memang senang dia nak lelapkan mata.
Tengah-tengah enak melayan mimpi, tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi bising seperti ada seseorang disebalik almari yang mengadap tingkap."Untuk pengetahuan sesiapa yang tak pernah masuk bilik di PERINDU, meja study dekat dengan tingkap.Dan antara katil dan meja study tu ada almari 4 buah, 2 mengadap tingkap dan dua lagi mengadap pintu masuk.Di bahagian tengah-tengah pula ada sedikit ruang untuk student lalu lalang diantara bahagian meja study dan bahagian katil."
Dia buat-buat keraskan badan seperti tengah tidur.Lepas tu dia dengar macam bunyi seretan datang dari belakang almari yang mengadap tingkap..Senior aku ni tidur katil atas dan kepalanya mengadap pintu masuk.Jadi dia tak dapat lihat apa atau siapa yang ada kat belakang almari tersebut..Korang dapat bayangkan tak?Untuk senang korang imagine, seolah-olah mahkluk tu membelakangi dia.Tapi cuma kedudukannya sahaja dalam posisi membaring..
Senior aku ni dah bersedia dengan segala apa yang dia pelajari in case kalau ada perkara tak baik berlaku..bunyi seretan tu makin lama makin dekat..Masa tu senior aku kata dia buat-buat pejamkan mata..Tiba-tiba je bunyi seretan itu berhenti.
Agaknya disebabkan perasaan ingin tahu meluap-luap, dia cuba buka mata untuk lihat mahkluk apa yang buat bunyi seretan tadi.........................
Bila senior aku ni bukak je mata, dia nampak perempuan tengah menyankung dekat katil kawan dia..dalam bilik tu ada 4 buah katil 2 tingkat.Kalau masuk je bilik kat perindu tu, 2 buah katil kat sebelah kanan, 2 buah lagi kat sebelah kiri.senior aku ni tadi tidur kat katil sebelah kiri bilik dan perempuan yang dia nampak tadi pada katil sebelah kanan bilik.
Senior aku ni pelik sebab mana datang perempuan tu..takkan member dia seludup GF dia tidur kat bilik..Dia dah syak yang perempuan tu bukan orang..
Part yang seramnya, mahkluk tu atau Cik Pon tu, sedang memerhatikan kawan senior aku ni yang tengah lena tidur..sekejap ke bahagian kepala, sekejap ke bahagian kaki .Kan kalau kita tidur, mesti ada pergerakan pada kaki ke, kepala ke..tak tahulah samada ada yang tidur mati tak gerak-gerak..Bila kawan senior aku ni mengerakkan kakinya, Cik Pon tu toleh ke bahagian kaki, bila kepala pula yang bergerak, Cik Pon tu pandang kat bahagian kepala....
Senior aku ni buat keraskan badan dalam masa yang sama memerhatikan Cik Pon..Tak lama lepas tu, Cik Pon ni bangun(dari menyankung) dan terus menuju ke bahagian belakang almari.Dalam 2-3 langkah lepas tu, Cik Pon seakan-akan terbang menuju ke tingkap di belakang almari..
Aku pelik sebab senior aku ni boleh rilek layan tengok cik Pon tu..kalau orang lain aku rasa dah menjerit atau selubung kepala dengan selimut.Rupa-rupanya senior aku ni dah banyak kali tengok "mahkluk-mahkluk" yang ada kat bilik tu..Tapi kebanyakkan mahkluk yang bertanduk dan berekor......