Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Jalan berhantu seluruh malaysia, highway to hell

views
     
powerangah
post Jul 28 2012, 09:55 AM

Casual
***
Junior Member
387 posts

Joined: Jun 2011
From: Tip of Mainland Asia


QUOTE(darkddly @ Jul 28 2012, 01:24 AM)
Kisah ni berlaku pada sebuah sekolah berasrama penuh di kawasan pantai timur... bukan aku la yang kena, aku pun dengar cerita je. Ceritanya macam ni....... kat asrama pompuan... ada la sorang budak pompuan ni yang rajin study sampai memalam buta kat bilik prep dia. Satu malam tu dia tak sedar yang dia dah tinggal sorang kat bilik study tu.
Dia pun study la dengan khusyuknya... sampai satu part dia tak paham, dia nak tanya la kat 'member' dia yang kat sebelah tu... dia tak sedar lagi benda tu bukan orang.... masa dia nak tanya tu matanya terpandang kat bawah meja budak ni, dia perasan 'member' tu takde kaki. Peh tu dia kata "Takpe la, dah ingat camna nak buat," lebih kurang camtu la dia
cakap sambil berkira-kira nak blah secepat mungkin. Yang 'member' tu lak kata "Dah ingat ke dah tahu....????" maksudnya dah tahu ke yang dia tu hantu... budak ni terus lari balik dorm dia.... Bila dia cerita kat senior, ada yang cerita dulu ada sorang budak pompuan ni yang mati bunuh diri sebab tension belajar masa nak ambik SPM. Mungkin tu la hantu dia
yang still study tak abih-abih.... Lepas tu budak ni pun dah tak study sampai lewat malam lagi... Takoot siottt..... Korang caya tak? Kalau tak caya terpulanglah.......
*
Ni cousin citer kat aku yang cikgu dai cakap dia la yang kena ni. Tak tau la tipu ke tak
powerangah
post Jul 28 2012, 10:10 AM

Casual
***
Junior Member
387 posts

Joined: Jun 2011
From: Tip of Mainland Asia


Ni time aku dok asrama (SDAR) ada sorang budak batch aku, memang semua orang benci gila dia. Macam anti-social dan awkward. Lepas tu aku ada lagi sorang member dia ada abang angkat yang macam ada sixth sense. Walaupun dia gi skolah lain tournament rugby, dia akan tau apa adik angkat dia buat. Satu hari tu, memang senior aku yang ada sixth sense tu tak puas hati ngan budak anti social tu. Dia pergi dorm budak tu pastu dia selongkar loker budak tu. Mase tu adik angkat dia ada dengan dia so sebab tu aku tau cerita. Dia selongkar loker tu pastu dia dapat tahu budak yang anti social tu ada saka. Dia baca-baca la and then dia panggil budak tu pergi kat satu cermin. Dia baca lagi pastu yang adik angkat dia nampak macam muka budak anti social tu bertukar, jadi macam muka setan. Senior tu apa lagi, dia gi pecahkan cermin tu. sweat.gif

Lagi satu cerita, SDAR ni feymes ngan hantu rosmah. Citernye yang rosmah ni pernah ada boyfriend kt SDAR ni pastu diorang terlanjur. Dekat SDAR ni ada satu tangki (belakang blok D). budak-budak senior cakap lepas diorang terlanjur, yang rosmah tu nak jumpa bf dia ni la. Dia tunggu kat atas tanggi tu. Dia tunggu pastu BF dia tak datang, dia terjun pastu mati. Last dia nampak BF dia adalah masa dia pakai baju "prep" so senior senior cakap kalau nak tidur jangan pakai baju prep kalau tak kene kacau. (AKU RASA CERITA NI FAKE SUPAYA JUNIOR BALIK PREP TUKAR BAJU DULU)


Lagi satu kes, skolah aku ni ada band wind orchestra, diorang selalu practice sampai larut malam. Satu malam tu dalam 4 orang nak balik blok. Masa kat tangga diorang terserempak ngan budak yang ada saka tu (baca cerita pertamax aku) diorang ajak la dia balik sekali, budak saka tu jalan je. Esok pagi diorang tnya budak saka tu, budak saka tu ckp masa tu dia takda lalu pun tangga tu.


Aku rasa cerita ni ramai dah dengar (feymes di kalangan SBP) ada dua orang budak ni, masa tu cuti akhir tahun pastu diorang balik hari Jumaat, sebelum balik tu, salah seorang daripada diorang berdua ni malas nak pergi sembahyang jumaat so dia suruh kawan dia yang lagi sorang kunci dia dalam loker, masa dah habis sembahyang jumaat keluarkan dia balik. Citernye budak tu lupa nak kluarkan balik member dia so member dia pun mati dalam loker. Masa cuti tu, warden dengar bunyi ketuk ketuk tapi kecut nak pergi tengok. Akhir sekali budak tu kene kacau ngan arwah member dia. Kalau kau malam-malam tak tidur lagi, dia akan kira "katil 1 dah tido, 2 dah tido, 3 BELUM tido, 4 dah tido..." dan seterusnya ko kene cepat cepat tidur sebelum dia kira lagi kalau tak dia akan kat loker kau pastu kacau kau sampai esok pagi. Lepas tu kalau dia datang kacau, ko jangan selimutkan diri, senior cerita kekadang dia salah orang jadi kalau kau selimutkan diri, dia akan tau kau la tu. (AKU RASA CERITA NI FAKE JUGAK SUPAYA JUNIOR TIDO AWAL DAN TAK SELIMUTKAN DIRI)


sekian. Aku langsung takde copy paste. biggrin.gif

This post has been edited by powerangah: Jul 28 2012, 10:25 AM
powerangah
post Jul 28 2012, 10:26 AM

Casual
***
Junior Member
387 posts

Joined: Jun 2011
From: Tip of Mainland Asia


QUOTE(PVCpipe @ Jul 28 2012, 10:17 AM)
ape ni cerita tergantung
*
QUOTE(faezfahmi618 @ Jul 28 2012, 10:21 AM)
tak paham  yawn.gif
*
aku tertekan enter. :/ aku dah update
powerangah
post Jul 28 2012, 11:45 AM

Casual
***
Junior Member
387 posts

Joined: Jun 2011
From: Tip of Mainland Asia


QUOTE(Avangelice @ Jul 28 2012, 11:37 AM)
Seriously guys, your bahasa is so bad I really feel so irritated reading it.
*
I'm sorry. O Wise one.

Bump Topic Add ReplyOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0143sec    0.49    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 10th December 2025 - 11:35 AM