"Malang tidak berbau! Inilah Proton Prevé yang pertama mengalami kemalangan jalan raya sebentar tadi. Kejadian berlaku di leburaya DUKE, susur keluar ke Sentul. Menurut sumber yang dipercayai, kereta ini dipandu oleh SA showroom Sentul dengan kelajuan 120 kmh namun ketika cuba mengelakkan sebuah kereta lain, kereta ini terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta tersebut melambung.
Ketika kereta ini mendarat, hentakan yang kuat menyebabkan tie-rod nya patah. Ini bermakna ia tiada kena mengena dengan defect parts dari Proton. Ini adalah kecuaian manusia dan diharapkan berita ini akan memberi gambaran sebenar kejadian tersebut, supaya tiada andaian yang bukan-bukan dibuat."
AUDI perfections in engineering.. the quality the thing that make it one of very profitable company in this world.. sekarang AUDI bakal jadi pemilik DUCATI pula, setelah dulu dia bangunkan brand LAMBORGHINI lepas beli dari syarikat Malaysia-Indonesia dulu tahun 1998
pasal masalah power window proton tu.. rasanya proton boleh buat test tutup buka, tutup buka pintu, naik turun, naik turun cermin tingkap tu.... tutup buka pintu proton tu sampai 100,000 kali buat camtu kalau power window dia masih ok, gerak ok je.. baru boleh jual kereta proton pada dunia.. audi buat test camtu.. baru dia jual kereta dia sebab gegaran / wave tu adalah antara sebab yang akan merosakkan benda-benda elektronik dalaman kereta
This post has been edited by hack3line: Apr 20 2012, 10:14 PM