9. Berhubung dengan keharusan menjawab salam orang bukan Islam yang tergolong dalam kafir zimmi, kita ingin bertanyakan kepada Dr Mohd Asri apakah tafsiran beliau terhadap kafir zimmi dan kafir harbi serta apakah ciri-ciri mereka yang sebenarnya? Berdasarkan maksud surah Mumtahanah ayat 8-9 di atas dan surah Ali Imran ayat 28, non-muslim zimmi sekurang-kurangnya perlu memenuhi ciri-ciri berikut:-
(a) Orang non-muslim yang tinggal di negara Islam di atas kebenaran pemerintah Islam,
(b) non-muslim yang tidak terlibat secara langsung dalam urusan politik kerajaan Islam, dan
© non-muslim yang tunduk dan patuh di bawah sistem perundangan kerajaan Islam
Mereka dikenali dengan non-muslim zimmi kerana bersetuju membayar jizyah kepada negara Islam yang memelihara dan melindungi kehidupan, kehormatan dan harta benda mereka. Persoalannya, apakah orang bukan Islam di negara ini menepati ciri-ciri tersebut? Kita sedia maklum, mereka terlibat secara langsung dalam urusan pemerintahan dan mempunyai hak yang sama seperti orang Islam dalam merebut kuasa politik. Berdasarkan perlembagaan, mereka juga boleh memerintah dan boleh menjadi ketua negara. Mungkin ada yang beralasan mereka tidak semua seperti itu, tetapi saya katakan mereka semuanya sama dari sudut perundangan dan di dalam menuntut hak.
Janganlah kerana satu atau dua peristiwa apabila kita menjawab salam bukan Islam menyebabkan orang bukan Islam itu menganut Islam maka kita terus meninggalkan nas-nas yang jelas wujudnya larangan tersebut semata-mata di atas alasan mahu melihat imej Islam lebih cantik. Sebenarnya masih banyak lagi cara lain yang boleh kita berikan penghormatan kepada mereka sebagai ganti ucapan salam itu. Bukankah bahasa ini luas?
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/04...da-bukan-islam/Ulama berbeza pendapat dalam menyelusuri fiqh (kefahaman) hadis ini. Kebanyakan mereka memutuskan bahawa haram memulakan ucapan salam kepada mereka. Sebahagian pula berkata ianya tidak haram tetapi makruh.
Seorang fuqaha iaitu Abu Sa`ad berpendapat, sekiranya seorang muslim ingin memberi ucapan hormat kepada bukan Islam dia boleh melakukannya dengan lafaz yang lain daripada lafaz salam. Contohnya dengan menyebut: (هداك الله ) maksudnya moga Allah memberi hidayah kepada kamu atau (أنعم الله صباحك) maksudnya moga Allah memberi anugerah di waktu pagimu ini. Imam Nawawi menyetujui pendapat ini tetapi dengan tambahan: sekiranya ianya diperlu. Antara contoh ucapannya bagi Imam Nawawi ialah ucapan selamat pagi, pagi yang bahagia, pagi yang baik, moga Allah kurniakan kamu dengan kebahagian di waktu pagi, atau nikmat di waktu pagi dan seumpamanya. Sekiranya tidak perlu maka pilihannya ialah jangan mengucapkan apa-apa. (Nawawi, al-Azkar, Dar al-Khayr, hlm. 311)
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1747.0