QUOTE
Kereta KIA Optima yang ditemui dalam gaung di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak berhampiran terowong Genting Sempah dekat sini, Khamis lalu, masih belum dialihkan selepas usaha menariknya dari ketinggian 100 meter kelmarin, menemui jalan buntu.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tidak lagi terbabit dalam operasi menarik kenderaan itu, sebaliknya ia diserahkan kepada polis dan syarikat pemegang konsesi lebuh raya berkenaan, Kumpulan MTD.
Difahamkan, kerja menarik kereta terbabit akan dilakukan dalam tempoh terdekat selepas operasi dijalankan JPAM kelmarin, terpaksa dihentikan apabila kren digunakan untuk mengangkat kereta itu mengalami kerosakan pada sistem hidrolik.
Berikutan itu, kereta berkenaan terpaksa diturunkan semula ke kawasan lumpur tempat ia ditemui sebelum kerja mengangkatnya dilakukan semula polis dan MTD.
Sementara itu, Ketua Trafik dan Ketenteraman Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata berdasarkan siasatan awal, pihaknya percaya kenderaan itu sudah berada di dalam gaung berkenaan sejak seminggu lalu.
Katanya, ketika ini kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kemalangan akibat terbabas dan akan memanggil pemiliknya bagi membantu siasatan.
“Setakat ini, penemuan kereta itu masih lagi menimbulkan tanda tanya kerana polis belum menemui sebarang kesan terbabas atau mayat sekiranya berlaku kemalangan di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Penemuan kereta KIA Optima oleh seorang lelaki, Wong Kam Wai, 31, ketika menarik sebuah Proton Satria NEO yang terbabas di tepi lebuh raya itu menimbulkan tanda tanya kerana polis tidak menemui sebarang kesan kemalangan atau unsur jenayah.
Kereta yang dilaporkan hilang di Bandar Tasik Selatan pada 21 Oktober lalu itu, dijumpai dalam keadaan terbalik dan dipenuhi lumpur, tetapi tiada mayat ditemui sekitar kawasan kereta itu dijumpai.
Malah, pemeriksaan polis dalam kenderaan itu menjumpai kunci kereta, manakala tali pinggang keledar pula berada dalam keadaan terpasang.

Oct 18 2011, 04:05 PM
Quote

0.0219sec
0.79
5 queries
GZIP Disabled