QUOTE(fd_totti @ Oct 24 2011, 01:09 PM)
Ada ura-ura Stadium Final Piala Malaysia 2011 akan ditukar dari Shah Alam ke tempat lain....
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
Memang patut tukar pun, padang Stadium Shah Alam cam bengong je aku tengok
Harini petang, FAM akan mesyuarat tetang penukaran venue pertandingan
(Konon2 nak tunjuk kat public kononnya mereka buat kerja, walhal!!!) Baguslah pergi stadium lain.. Boleh MBSA buat kerja pembaikkan awal dari nak tunggu bulan 11 lama sangat, atlest bulan ni safe sedikit masa sebab season depan 1/3 game home Selangor main di Std Bukit Jalil. Lagi pun orang negeri lain asyik melalak je asyik dalam lembah klang je, walhal itulah stadium the second largest in Malaysia after Std Bukit Jalil with 80 000 capacity. 3rd largest is Stadium Sultan Mizan with 50 000 capacity sudah runtuh ankara pertarungan Ultramen dan Raksasa so alternatif pergi kepada 4th largest stadium which are Stadium Hang Jebat, Stadium Stadium Negeri, Stadium Kuching, Stadium Darul Makmur dan Stadium Paroi. Kesemuanya adalah 40 000 capacity.
Tolak Stadium Kuching yang tak logik akal nak kena berenang laut Cina Selantan, tinggal 4 stadium besar. Tolak Stadium Paroi sebab melibatkan advantage kepada Negeri Sembilan (Faktor ini mungkin diambil kira) tinggallah Stadium Hang Jebat tapi lagi teruk kondisi padang dari Shah Alam, tahi kucing merata-rata atas padang, selalu buat fun fair dan konsert atas padang, paling mengejut penyewaan pada pihak luar kepada pasukan bertaraf amatuer/sekolah setiap hari dengan kadar bayaran RM250 untuk 2 jam. Keadaan parkir kereta yang dikuasai oleh lembu-lembu yang tidur bergemlimpangan, konsert double trouble pun baru lepas buat kat sini, mosh pit, head banging so rumput dah kena pijak dan tenggelam so PBT sana nak coverline tabur pasir atas padang konon nak bagi rata balik so kalau pemain tackle sure calar balar peha. PBT sana tak balik modal sebab Melaka main liga FAM dan tiada penyokong nak pergi tengok dan juga Liga FAM mana cas harga tiket sebab masuk adalah percuma. So teruk juga PBT nak cari duit nak cover kos stadium sebab itulah disewakan kepada sesiapa sahaja yang nak main bola, buat fun fair, konsert dan sebagainya.
So pandangan peribadi aku ialah Stadium Darul Makmur, Stadium Negeri dan juga Stadium Paroi.. So kalau syarat final ialah pembahagian tiket adalah 50-50, tolak buffer zone dalam 3-4k so allocation tiket tinggallah 18 000 untuk Terengganu dan Negeri Sembilan. Pasti ulat tiket bermaharajalela! ekoran ramailah tak dapat masuk stadium. Secara peribadi aku memilih Stadium Paroi, sebab senang aku nak pergi.