Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed

Outline · [ Standard ] · Linear+

 ░▒▓▒▓▒ M A L ★ Y S I A ▒▓▒▓▒, --- CLOSED ---

views
     
HangPC2
post Nov 7 2011, 08:28 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Apa Yang Aku Lihat Dalam Buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia



Tempohari aku telah membeli sebuah buku yang menarik perhatian aku. Membelinya di keramaian Halowin Datang Lagi : 8 Judul oleh 7 Penerbit. Gigih aku datang dari Muar semata-mata dua perkara penting. Satu, mahu mendapatkan buku tulisan penulis yang maha angkuh dengan faktanya, lain tak bukan saudara Lucius Maximus. Dan dua, bersempena roadshow Kitab Terfaktab.

Hari ini dalam pertama kali dalam sejarah penulisan aku. Aku akan review buku orang. Maka, yang jadi mangsa kali ini ialah semestinya saudara Lucius Maximus atau lebih dikenali dengan panggilan ' manja '-nya, Lucy.



user posted image



Sebelum terus ke tajuk utama. Lebih baik aku beri pandangan peribadi aku mengenai sang penulis yang maha angkuh dan saksama dalam penulisan ini. Lucy bagi aku secara realistiknya adalah penulis yang cemerlang. Cemerlang dari segi sindiran sinis, fakta dan tak lupa juga tembakan padu pada setiap point-point yang disampaikan. Aku telah mengenali penulisan Lucy sejak sebelum beliau menulis di blog Sokernet. Sewaktu itu hanya membaca dalam diam, mengkritik secara ringan-ringan dan bergelak ketawa tanda meng-iya-kan point-point yang beliau ketengahkan.

Sebenarnya dulu, pernah juga aku berdebat dengan Lucy di dalam blog. Heh. Tapi, tidaklah sampai berbomoh-bomoh atau memukul. Hanya menajamkan isi penulisan. Itu saja. Dasar anak muda degil hendak berdebat dengan seorang dewasa yang digelar ' Raja Fakta '. Well, itulah yang sebenar-benarnya tujuan ber-blog. Mengetengahkan isu dengan bijaksana dan tidak menjadi anonymous yang berdebat tanpa telur. Lebih teruk, sudahlah menjadi anonymous, kemudian point-point yang disampaikan adalah bangang bangang dan bangang.

Baiklah, biarlah kita ke tajuk utama ya ?

Mengapa aku membeli buku Malaysia Tidak Ke Piala Dunia ini walhal aku tak beli pun buku tulisan Lucy yang lama iaitu Cerita Piala Dunia ? Ini kerana aku kurang berminat dengan hal-ehwal Piala Dunia. Tetapi, kerana buku kali ini menceritakan mengenai Malaysia tidak ke Piala Dunia. Maka, aku rasa aku patut beli. Dengan kata lain, kerana ada penceritaan mengenai Malaysia, maka aku akan beli. Patriotisma tinggi, brader.

Aku jarang membeli novel. Bukan sebab aku malas membaca, tetapi aku lebih gemar membaca artikel dan jurnal. Penulisan Lucy bercorak artikel. Sebab itu aku mengkagumi penulisan beliau. Novel keluaran Fixi ? , hanya novel Cekik sahaja yang aku telah baca. Itupun apabila aku selesai membacanya, aku campak ke tepi (akan aku review kelak). Namun, tidak bagi buku baru Lucy ini. Selesai aku membacanya, terus aku menceritakan kehandalan buku ini kepada kawan-kawan aku yang sudah tua (lingkungan 40-50 tahun). Dan mereka seiring sependapat dengan pandangan-pandangan yang Lucy sampaikan dalam buku tersebut.

Kiranya bagi aku, buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia ini adalah buku yang bagus untuk di baca oleh penggemar bola sepak tempatan dan tak lupa para peminat sejarah bola sepak negara. Tak keterlaluan juga buku ini patut dibaca oleh pemain bola sepak kebangsaan sendiri. Terutama sekali aku tujukan buku ini kepada Khairul Fahmi atau Apek supaya beringat sikit, jangan asyik nak ke kelab malam dengan Dahlia Teteck kau tu. Fokus pada bola sepak, belajar sejarah bola sepak, belajar politik bola sepak.

Buku ini bagi aku boleh diperluaskan lagi ceritanya. Pada pandangan aku, buku ini boleh dikatakan hanya baru menceritakan setengah cerita mengenai hal Malaysia dalam Piala Dunia. Namun, itupun sudah cukup bagus. Apa yang Lucy tulis dalam buku ini masih belum cukup menyentuh hal-hal sensitif mengenai bola sepak Malaysia dalam Piala Dunia terutama hal rasuah FAM sendiri, hal judi Piala Dunia, hal pemain-pemain Malaysia yang dikhabarkan menerima wang rasuah dari negara lain. Juga tak lupa hal macam mana Selangor yang dulu pernah bermain Liga Perdana (divisyen dua) , tetapa ada pemain Selangor waktu itu terpilih menyertai skuad kebangsaan bertanding di kelayakkan Piala Dunia. (Itulah sebabnya aku membenci Selangor FA, sorry to say.)

Apa yang menarik perhatian aku mengenai buku ini ialah kegigihan Lucy mengumpulkan bahan-bahan temuramah dahulu mengenai bola sepak Malaysia. Aku sendiri baru tahu bila membaca buku Lucy ini, dimana Alan Harris pernah berkata ;


" Saya ada menyebut ketika kali pertama menggalas tugas ini bahawa semua orang perlu bersedia untuk keadaan menjadi lebih buruk sebelum ianya kembali menjadi baik "


Dan ternyata selepas itu, bola sepak Malaysia selepas Alan Harris resign, terus jadi sayur kangkung.

Akhir kata, aku memberikan 4 bintang kepada buku ini. (4 dari 5 bintang). Satu bintang hilang kerana aku dihidangkan jenaka rakyat pada bahagian prakata yang ditulis oleh saudara Pipiyapong. Apa? Torpedo Lipis ? Barcelumut ? Income bola dari industri ternakan ikan patin ? Tengkorak kau lah Pipi. Tengkorak kau. Kahkahkah !

Sekian, Chalo asslamualaikom !

p/s : Belilah buku ini. Masih ada di DubokPress dan Uya Distro. Walaupun Luca mula-mula buat auta cuma 50 buah sahaja yang di jual. Itu tipu. Tapi, berbulu juga-lah dengar bila 50 buah sahaja yang dicetak. Wadefook ?



Sources : http://lensarosak.blogspot.com





HangPC2
post Nov 9 2011, 07:51 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



dekat Kaskus Banyak Puji Timnas U23 Malaysia...
HangPC2
post Nov 17 2011, 07:08 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia : Satu ulasan



user posted image



Malaysia tidak ke Piala Dunia itu semua orang tahu.

Tapi apa cerita sebenar yang berlaku dari 1970 hingga 2014, Malaysia secara konsisten gagal layak ke Piala Dunia ? Hanya Lucius Maximus ada butirannya didalam buku kedua beliau yang bertajuk CERITA MALAYSIA TIDAK KE PIALA DUNIA.

Aku membeli senaskah dimalam pelancarannya di Rasta TTDI kira-kira 3 minggu lalu.


Buku yang dimulakan dengan prakata cukup padu dari Pipiyapong tentang angan-angan Malaysia ke Piala Dunia. Galataraub FC, Barcelumut dan Torpedo Lipis ? Aku kuat merasakan prakata ini juga adalah sedikit cebisan naskah power Pipiyapong tentang Baharum Bahari seperti yang selalu kita baca di blog beliau ( http://baharombahari.blogspot.com/ ). Atau mungkin tidak.


Gaya penulisan Lucius seperti lazimnya kita tahu memang seperti Supermokh diatas padang. Padu dan mampu mengejutkan seperti padunya tendangan sambil berlari Arwah Supermokh juga. Itupun jika anda semua pernah berkesempatan menyaksikan kehebatan Supermokh dan rakan-rakan.

Tetapi jika tidak pernah pun atau hanya menyokong Malaysia di zaman Ultra, Lucius masih mampu membawa anda pembaca muda kembali kezaman kegemilangan bolasepak kita dizaman 70an dan 80an. Aku secara peribadi seperti dibawa kembali ke zaman kanak-kanak aku, menggilai bolasepak Malaysia dengan beberapa nama lama yang secara tidak sedar memberi aku sedikit orgasm.

CMTKPD dimulakan dengan kelayakan 1974. Butiran perlawanan dan rentetan peristiwa yang berlaku ditulis semula oleh Lucius dengan cukup baik. Aku kagum diatas usaha dan kerajinan beliau mendapatkan semula fakta sejarah serta nama pemain, jurulatih dan mereka yang terlibat. Entah arkib mana beliau selongkar, aku tidak bertanya pula. Yang pasti bukan muzium FAM.

CMTKPD juga menyentuh tentang gaya kepimpinan dan campur tangan FAM dalam menentukan corak kegagalan Malaysia ke Piala Dunia. Beberapa nama korban FAM seperti Ken Worden, Frank Lord dan B.Sathianathan juga ada diceritakan. Juga berapa nama pengurus bolasepak serta ragam mereka dalam melukakan hati penyokong setia Malaysia juga tidak terlepas dari tulisan Lucius. Ada banyak info serta fakta menarik yang entah mana dikorek oleh beliau untuk pengetahuan semua.

Kesimpulanya, bolasepak Malaysia dibawah FAM memang unik justeru kegagalan Malaysia untuk layak ke Piala Dunia juga hasil dari paten yang sama. Lucius tidak memberi penyelesaian keatas kemelut bolasepak Malaysia dan bukan itupun tujuan buku ini, tetapi pihak berwajib harus membaca dan jadikan iktibar. Hati rakyat Malaysia telah lama dilukai dan terus dilukai, apakah tidak ada satu manusia pun yang mahu menjadikan angan-angan Pipiyapong menjadi kenyataan ?

Jika anda peminat bolasepak sebenar, samada tempatan atau antarabangsa, anda wajib membeli buku ini. Samada Lucius penulis pujaan anda atau tidak, itu no 20. Jangan terlepas peluang atau menunggu lama-lama lagi, itu perangai The Kops dan The Gunners. Apa dapat ?
Anda Ultra Malaya yang hebat tetapi dengan buku CMTKPD, anda adalah Ultra Malaya sebenar !


CMTKPD diterbitkan oleh penerbit indie terkemuka Malaysia, Dubook Press dan boleh diorder disini.

http://dubook.blogspot.com/p/beli-buku-dubook.html



Bila Malaysia nak ke Piala Dunia itu hanya Sultan Bola yang tahu.




Sources : http://sokernet.blogspot.com/









Topic ClosedOptions
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0171sec    0.42    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 22nd December 2025 - 01:05 PM