Agreed with your points.
Don understand why we r so arse keep lumping high balls when clearly singapura has height advantage. R.G a bit stubborn....
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
Kalau korang baca ni korang nak kata aku tak patriotik ke apa ke lantak korang la tapi apa yang aku akan komen nanti adalah pandangan daripada seseorang yang mengikuti dan menyokong bola sepak tempatan sejak awal 90an lagi.
Hari ini aku ke stadium dengan penuh harapan seperti mereka yang lain mengharapkan Malaysia mampu melakar sejarah buat pertama kali melangkah ke pusingan peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia. Auranya memang lain, dua minggu lalu aku ke perlawanan Malaysia menentang Liverpool yang jumlahnya hampir sama ramai tapi kali ini aku lihat kelibat kuning/hitam dan biru begitu mengghairahkan. Melangkah masuk ke stadium aku merasa lebih yakin dengan sorakan padu di setiap genap stadium sememangnya memberi satu boost kepada pasukan Rajagopal yang mahukan stadium yang penuh dengan penyokong Malaysia.
Pemain melangkah masuk dan lagu kebangsaan negara masing masing di mainkan. Agak kecewa apabila penyokong kita mula bersorak 'boooo' apabila lagu kebangsaan singapura dimainkan. Come on.. where's your respect? Dekat world cup pernah ke penyokong bersorak sedemikian rupa apabila lagu kebangsaan pasukan lawan dimainkan? Kalau kena kat kita tau pulak kita marah .. tak respect la apa.. Jangan jadi 3rd class country mentality. Ok fokus bab penyokong lagi. Bila team kita dah kena sebijik mula la penyokong baling2 botol. Yang bodohnya yang dari atas baling botol air kena penyokong Malaysia sendiri kat bawah.. takde otak ke.. cuba kepala bini ko yg kena mesti ko mengamuk.. kalau kena budak lagi kesian. Dah ban air botol mineral tak boleh dibawa masuk dan dijual dlm stadium masih ada yg terlepas boleh jual kat tengah2 penyokong.
Ok masuk bab game plak. Aku yakin ramai yang tak puas hati dengan cara permainan Singapore yg melengah lengahkan permainan dan overacting. Tapi korang sedar tak walaupun diorg main mcm tu tgk pasukan mana yang lagi banyak cipta peluang depan gol? Goalkeeper siapa lagi busy malam tadi? That's mean Malaysia are totally out of tactical. Rajagopal are out of idea. Dah tau player Singapore ada advantage physical tinggi sumer kenapa masih main corak long ball? Masih nak try cross bola dari tepi? Berapa clear chance depan gol yang kita dapat berbanding Singapore? Midfield langsung tak boleh deliver kepada penyerang sampai Safee kena turun bawah mintak bola and create chances for another player? Amirul Hadi lebih sesuai main tengah berbanding winger, silly mistakes still happens in our defence line.Yes mmg diakui apek sgt cemerlang menjaga gawang kalau tak dah banyak bolos. Aku kecewa bila datang ke stadium untuk melihat kononnya pasukan bola sepak kita dah bagus, tapi hakikatnya mereka masih perlu learn the basic. Berlatih buat hantaran tepat dan tahan bola dengan cemerlang. Itu je masalahnya sebenarnya.
Semangat juang? tak payah cakap pasal semangat juang la, semua pasukan bermain dengan semangat juang. Singapore pun last week berjuang untuk menang 5-3. Itu hanya ayat penyedap hati jer, don't live in denials please. Kata Singapore main macam pondan? Kalau dah pondan pun tak boleh nak kalahkan apatah lagi kalau diorang main macam laki? Diorang tak tertekan dalam perlawanan tadi malahan menambah tekanan kepada pasukan Malaysia sebenarnya. Malaysia playing in front of 90k ppls with 2 goal deficits all the pressure is on Malaysia team actually. Dan Singapore bijak bila diorang melengahkan permainan dan membuat drama, player Malaysia tertekan dan kerap melakukan kekasaran dan kesilapan. Last week dah lawan dah tau tak boleh nak lepas kalau main long ball tapi hari ni main long ball jugak.. bengap ke apa. Jangan mencipta alasan atau menyalahkan orang lain. Bila game dah tinggal 10 minit baru nampak player baru macam bersemangat and try main short pass dlm kawasan lawan tapi dah terlambat lagi 80 minit tadi korang main apa?
Kesimpulannya aku akui 'kesungguhan' itu ada tapi taktikal dan basic masih lemah. Aku cuma bangga dengan Safee Sali. Tgk bagaimana corak permainan dia selepas main di Indonesia, dia mampu membaca permainan dengan baik dan mengubah taktikal mengikut keadaan. Player gemuk buncit pun tadi boleh lepas 3 player Malaysia. Adoi malunya..tak kira la dia dari negara mana sekali pun. Singapore is a small country with less talent, yes diorang import player so what? Bola bukannya permainan 2-3 orang, it's a team sport.
Satu je cara nak baiki balik mutu bola sepak negara ni, Liga Malaysia tu tolonglah betulkan. Faham faham la siapa yang bertanggungjawab pasal Liga Malaysia ni? Nama je gah MSL la apa la tapi quality 'illekkkk' .. Aku dah penat dah tgk Malaysia julang satu cup ciput pastu tenggelam balik, menang sukan SEA pastu tenggelam balik.. mcm siaran kat astro plak ulang ulang benda yang sama. Kalau Korea Utara tu negara komunis yang segala benda tak ada disekat itu ini pun boleh masuk World Cup kenapa kita yang macam macam kemudahan ada takleh ada kemajuan sedikit pun?
oh malaysia ada shaun maloney yg half malaysian, oh malaysia ada titus james main dkt france tapi taknak main untuk malaysia. Di mana silapnya? fikirlah sendiri
Sokong tetap sokong, kritik tetap kritik. Kalau tak boleh terima kritikan baik bubarkan saja team bola tu. Penyokong dah buktikan mereka sanggup bergadai duit, masa dan tenaga memberi sokongan. Ada yang sanggup beli harga tiket triple dari harga asal dari ulat tiket untuk tgk match tadi. Siapa yang tak cintakan negara? Tanah tumpahnya darahku hadoi...
Added on July 29, 2011, 9:53 amQUOTE(aweeff @ Jul 29 2011, 09:11 AM)
thanks to u guys for your support to Ultras... we're getting bigger n bigger, from 10 in 2007 comrades become more than 3000 yesterday..
aku browser guna hp je, tadi perasan mcm ada orang sponser web ultras..? ley pm aku plz... dah suspended lama sgt dah.. maybe esok aku on balik ultrasmalaya.net
nampaknya lepas raya ni aku kena buat kenduri pemotongan.. damn..
U guys are amazng. Salute.
Dont worry about potong, promises are made to be broken.

Added on July 29, 2011, 9:57 amQUOTE(dundermifflin @ Jul 29 2011, 09:26 AM)
sorry to say mate, your standard of 'world class' are very low..
anyway, i really proud of the attendance. the team performance are so-so, disappointment but TBH not beyond my expectation.
SG play acting are very understandable, thats football. and they have done enough to beat us fairly. they are clearly the better team on those 2 games, hands down.
hopefully our Malaysian supports will continue and growing more stronger in Olympic campaign. just send Harimau Malaya B for Sea Games.
Anyone who condones or accepts singapore theatrics is a football buttmuffin.
This post has been edited by LeePakHeng: Jul 29 2011, 09:57 AM