Jika kita ingin menghasilkan pemain bola sepak berkualiti, kita perlulah menyumbang supaya kerjaya sebagai pemain bolasepak boleh menjadi kerjaya yang berkualiti.
Puji mulut sahaja tak guna. kalau kita bank-in RM30 sahaja ke dalam akaun SAM ni, kita dah bagi lebih dari seringgit seorang kepada setiap player dan staff.
Sumbang Tabung Ganjaran Akujanji melalui akaun CIMB SAM2011/01/02
PERSATUAN Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) bersetuju membuka akaun khas persatuan bagi membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan sebagai tanda penghargaan di atas kejayaan skuad bola sepak negara menjuarai Piala AFF Suzuki, baru-baru ini.
Presiden SAM, Ahmad Khawari Isa berkata, orang ramai kini boleh menyumbang melalui akaun SAM tanpa had minimum bagi memberi peluang peminat yang ingin turut serta dalam Tabung Ganjaran Akujanji yang dilancarkan baru-baru ini
. Orang ramai boleh menyumbang melalui akaun CIMB SAM di nombor: 1426-0006500-00-5. “Akaun ini akan dibuka selama dua minggu dan hasil sumbangan itu nanti akan diserahkan kepada pihak berkaitan untuk disampaikan kepada barisan skuad bola sepak Piala AFF Suzuki nanti.
“Saya juga menyeru orang ramai dan peminat untuk turut menyumbang walau RM5 sekalipun sebagai sebahagian dari tanda penghargaan dan terima kasih kepada skuad Harimau Malaya,” kata Ahmad Khawari.
Setakat ini, RM91,400 sudah terkumpul, daripada enam syarikat iaitu Double XL Services Sdn Bhd (RM22,000), WSL (MSC) Sdn Bhd (RM22,000), Aiman Motor Sdn Bhd (RM22,000), AR Factor Resources Sdn Bhd (RM10,000), SPA Integrated Sdn Bhd (RM10,000) dan Kelab Futsal Arena (RM2,200).
Blogger sukan, Mohd Rizal Hashim turut menyumbang RM3,200.
Badan korporat dan orang perseorangan boleh menghubungi pejabat SAM di talian 03-20780985 atau faksimili di 03-20706294 pada setiap Isnin, Rabu dan Khamis. Sumbangan boleh juga dibuat dengan berhubung terus dengan Setiausaha Agung SAM, Faisal Jamal di 014-2366200.
BHARIANThis post has been edited by aressandro10: Jan 3 2011, 09:51 PM