Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed

Outline · [ Standard ] · Linear+

National Team Malaysian Football, AFF Suzuki Cup next!

views
     
HangPC2
post Nov 10 2010, 12:46 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



QUOTE(AKace @ Nov 9 2010, 10:16 PM)
we lost our Zaquan but we still have our Norshahrul


user posted image

user posted image


*
Double Post
HangPC2
post Nov 10 2010, 01:15 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Safiq galas tugas kapten


SAFIQ RAHIM sudah bersedia untuk menggalas tugas selaku ketua pasukan apabila skuad bola sepak negara turun menentang Jepun pada perlawanan kedua Kumpulan A acara bola sepak Sukan Asia 2010 di Stadium Huadu petang ini.

Pemain tengah Selangor itu mengambil alih tugas tersebut daripada Norhafiz Zamani Misbah yang terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan lutut pada minit ke-70 ketika skuad negara menewaskan Kyrgyzstan 2-1 pada aksi sulung kelmarin.

Menurut Safiq, 23, dia akan memberikan persembahan yang lebih baik apabila berdepan Jepun petang ini memandangkan dia kini menggalas satu lagi tugas tambahan untuk mengetuai rakan-rakannya yang lain.

“ Ketiadaan Zamani memang dirasai kerana dia merupakan tonggak paling senior dalam pasukan. Tapi apa boleh buat, kita terpaksa juga beraksi tanpa khidmatnya.

“ Saya berjanji akan memberikan yang terbaik dengan segala apa yang saya miliki untuk mendapatkan satu keputusan yang baik buat skuad negara pada aksi menentang Jepun kelak.

“ Sebagai kapten, saya akan cuba memberi bantuan kepada rakan-rakan lain supaya kami tidak mudah hilang fokus ketika di padang, " kata Safiq kepada Kosmo! semalam.

Malaysia kini menduduki tangga kedua Kumpulan A berkongsi tiga mata dengan pendahulu kumpulan, Jepun yang membelasah tuan rumah, China 3-0 kelmarin. Kyrgyzstan berada di tangga ketiga dan China di tempat tercorot.

Diminta mengulas aksinya pada perlawanan menentang Kyrgyzstan kelmarin, Safiq berkata, dia berpuas hati dengan persembahannya dan juga rakan-rakan sepasukan lain.

“ Cuma pada aksi menentang Jepun ini, kami perlu meningkatkan lagi persembahan serta memperbaiki rentak permainan untuk mencatat keputusan yang baik bagi mencerahkan peluang layak ke pusingan kedua.

“ Kami berjaya menguasai sepenuhnya bahagian tengah ketika bertemu Kyrgyzstan. Cuma pada awal babak kedua kami agak hilang punca, mungkin kerana terlampau ghairah mencari gol kemenangan, ” jelas Safiq.



Chanturu makin bersemangat


PENJARING gol kemenangan skuad bola sepak kebangsaan ketika menewaskan Kyrgyzstan 2-1 kelmarin, S. Chanturu masih belum pasti dapat diturunkan pada aksi kedua bertemu Jepun di Stadium Huadu petang ini.

Pemain sayap Kelantan yang berasal dari Kulim, Kedah itu tidak dapat turun menjalani latihan di Stadium Huagong semalam selepas mengalami kecederaan buku lali pada minit ke-82 ketika aksi sulung Kumpulan A tersebut.

Namun Chanturu, 23, masih menyimpan hajat besar untuk terus turun beraksi membantu skuad negara dalam usaha mencari satu keputusan positif ketika bertemu Jepun.

" Kalau kesakitan pada bahagian belakang buku lali saya ini dapat sembuh sebelum perlawanan, saya memang begitu bersemangat untuk turun beraksi.

" Jika diturunkan, saya akan bermain bersungguh-sungguh untuk menunjukkan kepada Jepun bahawa Malaysia juga mampu menyaingi mereka, " katanya ketika ditemui Kosmo! pada sesi latihan petang semalam.

Chanturu kini pada prestasi terbaik setelah dia turut menjaringkan satu gol ketika skuad kebangsaan menewaskan Maldives 4-0 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya minggu lalu pada aksi persahabatan terakhir sebelum berlepas ke Guangzhou.

Karier bola sepak Chanturu sebe- narnya bermula agak lewat apabila dia menjadi pemain skuad Piala Presiden Telekom Melaka pada 2007 dan pemain skuad Piala Presiden KL Plus pada musim 2008.

Hanya pada pertengahan musim 2009, Chanturu disenaraikan sebagai pemain skuad Liga Super Pulau Pinang sebelum dia dipancing Kelantan pada awal musim 2010.


- Kosmo -



HangPC2
post Nov 10 2010, 02:05 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



The New Malaysia Team Kit



08 November 2010


The new Malaysia Team Kit gives the Tigers the edge to face all challenges and gear up for maximum performance on the pitch. Crafted from recycled plastic bottles with aerodynamic technology, each jersey's ultra light-weight Nike Dri-FIT fabric is designed to keep players cooler and drier than ever before.

Check out the store locations below:


MALAYSIA :


NOS Doors

Sportsland Mid Valley Mega
Sportsland BU PHII
Sportsland BU Mega
W.O.C Sunway
Grace One Centre Point KK
WOC City Square
Hotspot Angsana


MB Doors

Perfect Sports - Pertama
Sportsland, IOI Mall
Life Habitat Jusco Perdana
Royal Sporting House, Gurney Plaza
Lea Sport Centre - Hopoh
Lea Sport Centre - Park City
al-Ikhsan Doors
aL-ikhsaN Jusco Tebrau
aL-ikhsaN Sunway Piramid
aL-ikhsaN Duty Free Johor
aL-ikhsaN Alor Setar
aL-ikhsaN Pulau Langkawi
aL-ikhsaN Seberang Prai
aL-ikhsaN Kemaman
aL-ikhsaN The Curve Damansara
aL-ikhsaN Muar
aL-ikhsaN Manjung
al-ikhsaN Queens Bay Penang
aL-ikhsaN Ipoh
aL-ikhsaN Jejantas Sungai Buloh
aL-ikhsaN Shah Alam Central
aL-ikhsaN Batu Pahat
aL-ikhsaN Taman Universiti
aL-ikhsaN Angsana Level 2
aL-ikhsaN Angsana Level 1
aL-ikhsaN Jejantas Ayer Keroh
aL-ikhsaN Temerloh
aL-ikhsaN Melaka
aL-ikhsaN Ipoh Parade
aL-ikhsaN Klang Parade
aL-ikhsaN Shah Alam Central
aL-ikhsaN Sungai Petani
aL-ikhsaN Kuantan
aL-ikhsaN Bukit Bintang-Soccer
aL-ikhsaN Metro Point Kajang
aL-ikhsaN Putrajaya Alamanda
aL-ikhsaN Kuala Terengganu
aL-ikhsaN Kota Bahru
aL-ikhsaN Sunway Carnival
aL-ikhsaN Seremban
aL-ikhsaN Kluang
aL-ikhsaN Dataran Pahlawan
aL-ikhsaN Rawang
aL-ikhsaN Ampang
aL-ikhsaN East Coast Mall Kuantan
aL-ikhsaN Subang Parade
aL-ikhsaN Kangar
aL-ikhsaN Wangsa Maju
aL-ikhsaN Kerteh
aL- ikhsaN Kota Bharu
al-ikhsaN Tanah Merah
aL-ikhsaN Jitra Kedah
aL-ikhsaN Alor Star 2
aL-ikhsaN Gurney Plaza
aL-ikhsaN Bangi
aL-ikhsaN Kuala Terengganu
aL-ikhsaN Kamunting
aL-ikhsaN Kulim
aL-ikhsaN Damansara
aL-ikhsan Kota Tinggi
aL-ikhsan Banting
aL-ikhsan Tanjong Malim
aL-ikhsan Kampar
aL-ikhsaN Shah Alam 7
aL-ikhsan Lumut
aL-ikhsan Makota Parade Melaka
aL-ikhsan Jusco Bkt Indah Johor
aL-ikhsan Kota Bahru 3
aL-ikhsan Kuala Selangor
aL-ikhsan Segamat Johor
aL-ikhsan Penang Gurney Plaza
al-ikhsan Bandar Baru Uda, Tampoi
al-ikhsan Selayang
aL-ikhsan Kluang Mall
aL-ikhsan Beserah, Kuantan
aL-ikhsan Pasir Gudang
aL-ikhsan Mersing



Sources : Nike Football Malaysia




HangPC2
post Nov 11 2010, 11:55 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



user posted image

user posted image

user posted image

user posted image
HangPC2
post Nov 16 2010, 01:53 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا






http://www.youtube.com/watch?v=jdKgA7htWkg

5 Pages « < 3 4 5Top
Topic ClosedOptions
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0203sec    1.14    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 14th December 2025 - 02:07 PM