unlike Nantha who seemed to have lost, Shukor Adan had a good game yesterday. probably one of the few players that must be praised, alongside the keeper and central defense. Fauzi Nan also had a fairly good match except for the goal where he failed to win/block the ball. and yes, both strikers weren't good enough and we did miss few great chances because of them. Hairuddin Omar is good player when it comes to ball control and passing accuracy, but he's a striker and what he should've done was to score goals and do it effectively. he and Nizaruddin never really looked threatening and that's why they failed.
Added on January 29, 2007, 9:05 amKekalkan skuad sekarang
Bekas jurulatih kebangsaan, Abdul Rahman Ibrahim berkata, skuad bola sepak negara yang dibimbing Norizan Bakar ketika ini perlu dikekalkan kerana pasukan itu mampu pergi lebih jauh jika diberi perhatian secukupnya.
Katanya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pula harus bersabar dan usah menurut kata hati dan desakan pihak luar dengan segera membubarkan satu-satu pasukan jika mereka gagal seperti yang pernah dilakukan pada masa lalu.
"Selepas melihat aksi pasukan ini sehingga kelmarin, mereka memang ada potensi besar untuk pergi ke peringkat lebih tinggi. Harapan saya tentulah supaya barisan yang ada di bawah kendalian Norizan ini terus dikekalkan.
"Kekalahan mereka kelmarin lebih disebabkan kerana mereka kurang serasi. Mereka ini tidak cukup pendedahan atau pengalaman bermain sesama sendiri. Ada antara mereka baru dua atau tiga minggu menyesuaikan diri antara satu sama lain.
"Keserasian dalam satu pasukan itu penting maka janganlah kerap menukar pemain dalam pasukan kerana faktor itulah yang menyebabkan kita tidak dapat membentuk satu pasukan yang benar-benar baik," katanya.
"FAM janganlah terlalu mengikut desakan peminat, media massa atau pihak-pihak tertentu dengan mengikut kehendak mereka terus membubarkan satu-satu pasukan jika mereka gagal.
"Kalau pentadbiran nak tukar tidak apa tetapi janganlah pemikiran dan usaha untuk mencari satu pasukan kebangsaan yang baik turut berubah-ubah.
"Kalau kita terus dengan cara begini (bertukar-tukar pemain), sampai bila pun kita tidak akan mendapat satu pasukan yang baik," katanya di sini, semalam.
Source: http://www.utusan.com.my
This post has been edited by theripper: Jan 29 2007, 09:05 AM
National Team Malaysian Football, AFF Suzuki Cup next!
Jan 29 2007, 08:58 AM
Quote
0.0319sec
0.51
7 queries
GZIP Disabled