QUOTE(ayum_med @ Jul 11 2012, 01:34 PM)
any sturgeon experts here?....
how to teach them feed pellet?... i have one around 20cm...[attachmentid=2940873]
jangan bagi sturgeon makan apa-apa sahaja jenis singking pallet melainkan pallet 'hikari for sturgeon'. walaupun di syorkan oleh lfs tapi percayalah mereka cuma mahu jual 'barang' sahaja bukan kisah pun pasal haiwan kesayangan yang kita bela ni

untuk makluman sturgeon sangat sensitif dengan protein tumbuh-tumbuhan termasuk protein soya (yang biasa terdapat dalam pallet). bila sturgeon termakan protein dari tumbuh-tumbuhan serta merta kod merah pada sistem pencernaan sturgeon tersebut kerana terdapat gangguan bakteria. pertama: makanan yang mereka makan akan sukar hadam dan kedua perut makin mengelembung tanda-tanda jangkitan kuman.
paling elok bagi makan frozen blood worm. kalau blood worm yang hidup kena cuci dengan air paip atau kuaratin dulu tapi lecehlah,serius. baik beli fbw. untuk sturgeon saya satu papan tahan untuk 2 hari.
pengalaman bela ada 10ekor, then tinggal empat tapi sekarang dah tinggal tiga ekor sturgeon sihat wal afiat dalam jagaan saya. satu baru mati dua minggu lepas sebab lupa bagi makan (selalu bagi makan 3x sehari tapi sebab sibuk cat rumah telupa bagi makan 3x sehari dah jadi 1x sehari)
suhu dah jadi no.2 penting sebab suhu normal air dalam akuarium 28-30 darjah selsius, paling penting pam masuk sebanyak mana udara yang boleh. tapi jangan melampau sangat. no.3 pastikan bagi makan selalu, jangan sampai perut nampak leper dan jadi ke cengkung ke dalam, paling kurang pastikan perut sama paras dengan perisai sisi perut sturgeon tersebut. saya ada pengalaman bela sturgeon satu tahun

tapi masih rasa ilmu belum cukup lagi. dan untuk setakat ini, itu sahaja yangboleh saya kongsi. betulkan saya jika ada silap. sekian