Finally, the Fake "SuLTaN" has been arrested and sent to prison by the police, read the following blog excerpt (credit to the blogger):
Saturday, January 22, 2011
PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL BERGELAR DATO DICEKUP POLIS.Nama beliau jika disebut agak terkenal di selatan tanahair. Malah, ia turut disebut di laman forum seperti flyingspaghettimonster, tranungkite dan banyak lagi.
Pelbagai persoalan di forum terbabit mempertikai gelaran yang diperolehi oleh lelaki ini yang turut menjalankan kelas mengajar ilmu persilatan.
Lelaki ini pernah ditahan pada tahun 80-an dan dihadapkan ke mahkamah kerana menipu.
Baru-baru ini, klinik perubatan tradisional yang dijalankan diserbu Kementerian Kesihatan kerana tidak mempunyai sijil pengamal perubatan sebagaimana dikehendaki undang-undang. Malah, dia juga tidak memiliki kelayakan untuk membuka klinik perubatan. Kalau klinik tayar tak payah sijil.
Rabu lalu, ketika hendak menaiki pesawat ke Sarawak, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor menahan lelaki ini untuk disiasat atas jenayah menipu.
Difahamkan, penipuan lelaki ini turut menarik perhatian Istana Johor. Ini berikutan dakwaan lelaki ini yang mengaitkan diri dengan salasilah kesultanan malah turut memanggil dirinya Beta dan memakai pakaian yang mirip seorang sultan.
....
For full text:
http://www.hazrey.com/2011/01/pengamal-per...l-bergelar.html http://www.hazrey.com/2011/01/dato-johari-...edah-palsu.html